Sunday, October 24, 2010

Title p0n pening gak!

Alhamdulillah..wassalamu a'la Nabiy..

Pening nk exam..tambah ag pening untuk kelas esok..perlu ke duduk kat barisan hadapan? Bagi aku tempat duduk belakang la tempat yang paling bleh fokus, jelas, tenang, damai, clear, xd gangguan dsbg.. (memangla tak dinafikan ada org yang dok blakang sebab nak tutup muka time tido, berborak, buat karya atas meja dsbg..)

Tapi bila Prof.Ezz cakap kne dok depan, aku serba salah antara kehendak seorang guru n keselesaan diri sendiri. Nak duduk skali dgn Ummu cm xnmpk whiteboard, nk dok depan xsuke sbb nnt nk bercakap. Waarrgghhh... ni la payahnya orang yang xreti dok depan. Agaknya mata da set utk fokus kt bnde yang jauh.. Neway, sekarang kne pilih, antara kne marah atau tak paham..dilemma lame ag..=(

Friday, September 17, 2010

Selamat Hari Raya

Alhamdulillah..

Baru seminggu Ramadan meninggalkan kita, tapi terasa cukup lama. Rindu rasanya untuk bangun seawal pagi, berbuka ramai2 di masjid, terawih sambil mengulang al-Quran, tadarus, bazar.. Hm..masih tidakku laksanakan tuntutan puasa 6..

Cuti2 ni, mak abah selalu 'menggunakan' Sosilawati sebagai modal baru buat kami..

"Abah, ktorg nak keluar jalan2".."Korang ni asyik keluar je, lebih kayo dari anak Sosilawati pulak. Duduk je rumah!"

"Mak,hantar je la dobi baju2 ni, xlarat la nak gosok".."Kalau mak kayo berair cam Sosilawati tu boleh la"

"Berani2 la ko nak g LRT tu sorang2.................bla3......................Sosilawati............bla3......"

Tapi betul, sudah beberapa hari suratkhabar2 memaparkan 5+ muka eksklusif bagi kes ni. Apa yang menyangsikan ialah setelah beberapa kali kes seperti ini berlaku sebelum ni, baru sekarang perkara ini terdedah. Hm..ntahla..kite tengok nanti apakah episod seterusnya.

Dalam kelalaian kat rumah ni, tiba2 dikejutkan dengan mesej drpd Gu..'cari info pasal HE, nanti xd la kelam-kabut'.. Achik pn..'ingat tau pasal projek English kte..'

Aihh...cuti da nak habis rupanya. Nanti busy balik. Ni yang buat rindu kat Ramadan ni.. kalau Ramadan, rasa ringan sket..ringan ap?xtahu la..badan kot..ishh..xjugak.. bak kata seorang sahabat dalam tazkirah Ramadannya.."Betapa berharganya Lailatul Qadr ni, seolah2 fail exam tu suatu yang remeh je.." Yang tu yang ringan sket kot, utk melaksanakan ibadah, tanpa perlu bertarik tali dalam hati..

Selamat Hari Raya sume..^_^

Friday, July 2, 2010

Yong tunang..


Alhamdulillahi wassalamu a'la Nabiy..

Ni la sket sebanyak gambar n cerita kisah pertunangan Yong, my first n beloved sister..

Lama menunggu.. 'pengantin'nya tak keluar2 lagi..

Yang tudung oren mak aku, yang coklat2 tu bakal mak mentua ipar la, insyaAllah

Sesi menyarung cincin..bersinar2..

Bakal abe ipar..orang klate tu..m.cik2 yang sibuk soh tgkp gambar same..

Semoga Yong bahagia selalu..(^_^)

Friday, June 25, 2010

Antara Dosa Dan Sengsara...

“Kenapa awak sanggup? Bukankah awak ada banyak lagi pilihan lain? Adakah sebab saya nampak terlalu kasihan? Saya tak perlukan simpati.. Masih sempat untuk awak berpatah balik, andai terdetik kekesalan di hati awak.” Bertalu-talu Nur meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Ahmad Syahid nampak terlalu yakin. Nur tidak berpuas hati. Selagi segala pertanyaannnya tidak dijawab, dia tidak akan sesekali mempercayai lelaki itu. Syahid serba-salah. Perlukah dia menjawabnya? Takut-takut terbongkar rahsianya nanti.

“Baiklah, apa yang Nur nak tahu?”

“Kenapa awak sanggup terima Nur di saat semua orang membuang Nur?”

******

“Ibu, kenapa ye Ibu sayangkan Mad? Nenek selalu marah-marah Mad, Atuk pun macam tu.. kawan-kawan Mad selalu ejek-ejek Mad.”

“Apalah Mad ni.. Mad kan anak Ibu, mestilah Ibu sayang”

“Tapi Mad anak orang yang Ibu benci. Ibu tak bencikan Mad ke? Sebab Mad, satu kampung pandang hina pada Ibu..”

Walaupun masih kecil, Mad sudah pandai. Sedang kanak-kanak lain dimanjakan ibu dan ayahnya, dia sudah lali dibuli dan diejek namun langsung tidak pernah diceritakan kepada ibunya. Pun begitu, hati ibu mana yang tidak sedar akan kesedihan anaknya. Lalu carik hati anaknya itu dijahit dengan kata-kata Nabi “Orang yang paling kuat ialah mereka yang dapat mengawal amarahnya.”

Ibu orang yang paling kuat bagi Mad. Siapa yang sanggup bersabar apabila ditolak dengan hina tatkala hari bahagianya hampir tiba? Lebih-lebih lagi atas kesalahan yang tidak langsung dilakukan dan diharapkan olehnya. Nenek yang hampir nyanyuk itu pun sehingga sekarang masih lagi mengungkit-ungkit dalam keadaan sedar atau tidak,

“Tu la kau Mariam, dulu aku dah suruh kau gugurkan budak tu, kau tak nak. Tengok, dah la tak berguna, asyik menyusahkan pula. Kalau kau ikut nasihat aku dulu mesti hidup kau bahagia.”

“Tak apalah, mungkin Nenek terlampau terkejut dengan perkara itu”, Ibu selalu menangkan Nenek.

“Ibu, kalau Ibu buang Mad dulu, kan Ibu senang. Mad pun bukannya tahu”.

“Yalah, kenapa Ibu tak buang ye?” Ibu senyum menyakat.

“Sebab Ibu mimpi...”


“Nasib baik Ibu tak buang Mad, kalau tak sampai habis nyawa Ibu lah Ibu akan termimpi-mimpi. Lebih beruntung lagi, Allah dah bagi Ibu seorang anak yang soleh macam Mad sebagai teman Ibu sehingga akhir hayat Ibu. Segala kepayahan Ibu dah dibayar dengan harga yang jauh lebih tinggi!”

Mad memang beruntung. Mamiliki otak yang cerdas membolehkannya khatam al-Quran lebih cepat berbanding kawan-kawannya. Nasihat-nasihat ibunya juga pantas dapat digunakan dalam hidupnya.

“Tapi Ibu, kenapa Allah buat Ibu macam ni? Bukannya Ibu ada buat dosa pun..”

“Ish Mad, jangan cakap macam tu! Sedangkan Mariam A.S. yang mulia itu pun diuji dengan ujian yang berat, apa lagi ibu yang banyak dosa ni. Tak layak rasanya Ibu mengangkat muka dengan Allah.”

Tidak lagi ditanya soalan itu sejak Ibu memarahinya. Dia faham akan maksud ibunya. Selama ini disangka air mata ibunya yang selalu mengalir seusai solat ialah air mata penderitaan, rupanya ia adalah air mata pengabdian.

“Ibu, terima kasih sebab terima Mad. Mad tahu Ibu banyak menderita. Mad akan balas!”

“Ibu tunggu..” Ibu tersenyum kembali.

*******

Ahmad Syahid menyeka air matanya. Ibu tidak menunggunya. Harapannya untuk memberikan Ibu sedikit kesenangan tidak kesampaian.Allah lebih menyayangi Ibu.

Nur terdiam. Tidak menyangka lelaki yang punya segalanya ini senasib dengan kandungannya yang hampir digugurkan beberapa hari lalu. Nyata, anak luar nikah bukanlah seperti yang selalu digembar-gemburkan masyarakat. Hanya dengan iman manusia dapat dimanusiakan persetan keturunannya.

“Maaf Nur. Izinkan saya membalas budi Ibu kepada Nur. Itu pun kalau Nur sudi menerima saya.”

“Tapi tidak kisahkah awak dengan perangai lampau saya yang liar? Sayalah penyebabnya ia berlaku. Saya bukanlah sebaik ibu awak. Kami tidak sama.” Nur tunduk.

“Orang yang sudah bertaubat dengan sebenar-benar taubat ibarat kain putih yang suci bersih. Mungkin Nur lebih suci daripada saya di sisi Allah..” Ahmad memandang ke langit, seolah-olah dia bukan sedang bercakap dengan Nur, tetapi dengan ‘sesuatu’ yang lain.

Nur tersenyum. Sifat merendahkan diri itulah yang paling disukainya, hasil didikan Mariam. Mungkin sebab namaku pun serupa dengan ibunya, Nur Mariam, desis hatinya~


*Cerita ini rekaan semata-mata

**Moral of the story:

1. Bertaubatlah
2. Buang perangai buruk, bukan buang baby yang sangat comel n suci tu

Dan apabilah ruh-ruh dipertemukan dengan tubuh,
Dan apabila bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya,
Kerana dosa apa dia DIBUNUH?!


-at-Takwir ayat 7-9

3. Keimanan atau kejahatan tidak diwarisi, ia tak termasuk dlm code DNA pun
4. Berilah peluang



Dia bersembunyi dari orang ramai,
disebabkan khabar buruk yang disampaikan kepadanya.
Apakah dia akan memelihara anak itu dengan menanggung kehinaan,
atau akan membenamkannya ke dalam tanah hidup-hidup?
Ingatlah alangkah buruknya keputusan yang mereka tetapkan itu.

-an-Nahl ayat 59-

Friday, May 21, 2010

Cerita Atok

Alhamdulillahi wassalamu a'la Nabiy

Atok ceghito...
Pada 18 May 1927, atok lahir...


Ni la ayah Atok, Hj Ahmad b Hj Bakir


Ni mak Atok, Sitiawan bt Yaakob

Ni Atok mude2 (paling kiri).. msk Askar Melayu, smpai sarjan! uishhh..


Pastu Atok quit askar.. n kawen=)


Ni la anak first.. M.Long aka Mama.. comey! Kemudian 9 org lg nyusul..huu

Ni la Atok sekarang.. eh, nk bg duit ghayo tu...

Mso rayo 2009..bersama cucu2 eh, mno satu Atok ni? samo jo lak a..


Aik..cito apo ni?haha..xghoti nk sampaikn dgn baik. Nk lg best kono dongar sndri Atok cito sambil bukak album.. huu.. Dgr best, tp klw nk tanyo sakit tokak sket.. Neway, Atok bru je mnyambut besdayny yg ke-83.. skrg 84 la.. lamo tu.. Die ckp die da ghaso hidup 4 zmn.. mse zmn British, Jopon, Komunis n merdeka.. wah3.. namun, Atok xponah tembak sesapo mso jd askar sbb xd jumpo org Jopon pn katony.. klw x, nahas la org Jopon tu! Mrh sggh Atok blo cito psl Komunis, disitulah terpancar smngt kepahlawanan Atok! hei, still xleh smpaikn dgn baik.. cukupla.. (^_^!)

Monday, May 3, 2010

Moga Nenek tenang

Alhamdulillahi wassalamu a'la Nabiy..

Dulu, Nenek suke sgt jalan2, hmpr stiap ari die ajk ktorg jln2 klw die dtg KL..
Tp makin lme die xlrt, last2 ktorg yg bwa nenek jalan2, tp kali ni ke hospital..mcm2 hospital la..Pusrawi, UKM, IJN, Spital Bosa KL..kt Seremban pn bertukar2 wad..

Dulu, nenek suka bercerita kalau ad org dtg.. pasal cucu2 die.. 'ni nk jd ustazah, ni nk jd bisnesman..'
Tp lame2 Nenek da xlrt, org je yg asyik bercerita dgn die, die angguk2 je..

Dulu Nenek suke memasak, kalau dtg umah tu sume bnde die nk buat.. roti canai pn die nk buat sendiri, ‘ghotik’ katenye kalau mamak punye ..
Tp makin lme die xlrt, last2 die bagi direction je, ktorg yg kne buat..last2 skali die da xd interest da nk wat pape,beli je sume,mamak pn mamak la..

Dulu Nenek pn suke makan, sume bnde die nk..round satu pasar mlm xsah kalau x 2 kali..
Tp makin lme die xd selera, badan susut gle2, terbaring je atas katil..smpai doktor kt HKL tu ckp ‘Nenek, klw nenek ad selera n makan byk2 bru Nenek boleh keluar hsptl..’

Tp, hajat Nenek nk balik kampong xkesampaian.. hajat Nenek nk jumpa Atok pn sme.. Ramai lagi yg Nenek asyik sebut2 tp xdpt dtg sbb bz n jauh..

Nenek pergi pukul 2 ptg 27/4/10 ri tu.. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un

Aku mandikan Nenek di surau HKL, bersama2 ustazah yg ajar kursus jenazah kt USIM ari tu.. sape sangke kali ni bkn kafankn Achik, tp Nenek.. Thanks to Prof J yg berusaha buat program tu, at least aku xd la mnyemak je kt situ..

Dlm kol 8.30 kami sampai di Pantai, Seremban.. Nenek, kte da balik kampung.. kt kampung sume yg Nenek nk jumpe ade.. =’(

"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban..."
ar-Ruum

Saturday, April 10, 2010

Sajo nk kongsi..

Alhamdulillah wassalamu a'la nabiy..

Selesai dah majlis menghafaz al-Quran peringkat Wilayah kt Masjid Negara.. Alhamdulillah, aku dah kalah.. Bese la, lawan dgn bdk2 mude ni, kite kene r beralah.. budak 16thn, masih suci dari dosa jd senang sket nk ingt 30jzk, badan masih sihat xd atherosclerosis.. lgpn die mmg stiap thn msk bertanding, thn lepas naib johan kebangsaan.. jd kalah bermaruah sket r.. kiki.. (tu rupenye..) Papepn, pengalaman adalah guru yg plg bgs. Pasni kene improve, xleh laju sgt nnt terbabas, xleh parking sesuke ati nnt kne saman, xleh pandang rendah kt budok kecik gak sbb kecik2 cili padi.. Lagi satu, xleh biar lame2 nnt berkarat..huu.. hai, da 2thn rupeny aku tinggalkn DQ..


Ni la yg kalahkan aku tu, Mazian nmeny..xreti tgkp gmbo^_^'

Sian mak abah, umrah len kali r nmpkny.. So, sekarang is exam! Lusa Anat, ape yg sempat je la..da last minute xleh r nk expect lobih2.. Dikesempatan terakhir ni, nk kongsi ap yg abah cakap.."Xp, xyah risau la exam ko tu..hdp ni bkn utk blaja jo..." Hehe..keramat! Salam imtihan!