Yehh, akhirnya aku dapat pergi juga ke Darul Tuba walaupun hanya 5 hari je aku di sana. Aku terpaksa balik, nenek dan atuk datang. Best sangat diorang datang sebab selalunya diorang datang mase aku ada kat asrama. Sekarang aku cuti, bleh la buat projek dgn nenek,huhu..Nenek cam bese mengidam, kali ni dia nak karipap pusing. Siapa lagi yang kene, aku la.. yang bestnye dia puji, "Sodapla karipap kakngah buek, nanti bleh la buka kodai karipap kat spital tu nanti.." Aku gelak je dengar..( nek, mno la ado org ponah buek cmtu nek..) Macam2 lagi harapan dan kata2 semangat yang keluar dari diorang, aku akan ingat selama2nya.."Kakngah nanti jadila doktor jantung ko, kanak2 ko, jgn jd doktor biaso jo..gaji tak bosa do.." Haha..Hm, macam2..
Pasal Darul Tuba, ada seorang budak ni yg sangat bersemangat, teringat aku tentang aku dulu..
Sarah : Akak, best tak blaja sains?
Aku : Best!
Sarah : Cmne akk blaja ha kk? Akk kn tak blaja langsung pn akademik kat sini..bleh ke Sarah nak blaja lagi?
Aku : Bleh nyer!
Aku teringat balik kisah silam aku. Bagaimana peritnya dahulu aku terus melompat ke form3 utk ambil PMR tanpa ada apa2 asas. Bagaimana sengsaranya mak abah memanjat setiap bangunan utk menagih simpati agar anaknya ini diterima untuk belajar di sekolah yang punya AKADEMIK! Bagaimana aku melihat muka geram abah bila mereka cakap 'Kami tak dapat terima anak abang ni, dia daripada sekolah swasta tak boleh masuk sekolah kerajaan. Lagipn dia tak pernah belajar, siapa nak ajar dia, bang?'. Dan bagaimana peritnya melihat air mata emak jatuh menelan setiap kata2 mereka.. Kesusahan belajar tenggelam jika nak dibandingkan kepayahan diwaktu itu!
Aku : Sarah percayalah, Allah mesti tolong Sarah. Akak pn tak sangka masih ada jalan untuk teruskan cita2 akak dan seluruh keluarga akak ni. Yang penting sekarang Sarah mantapkan dulu al-Quran Sarah, yakinlah Allah akan tolong yang selebihnya. Sains2 tu semua semut je nak dibandingkan dgn Quran..(ceh, tipu betul aku ni..skrg ni tgh takut gle nk tggu result..T_T)
Sengaja aku tak menceritakan kepedihan waktu tu sebab aku yakin Allah akan menolongnya sebagaimana Allah telah menolong aku dulu..
Sarah : Betul ke senang je kk?
Aku : Ye Sarah, senang je.. sains tu semua orang boleh blaja tapi tak semua Allah bagi peluang nak blaja Quran ni..(aku pn da susah da nk mengaji skrg ni..T_T)
Sarah : Tapi kk, Sarah nak ambil sains dengan nak kaji Quran skali, bleh ke?
Aku tersentak. Budak ni sama betul dgn aku! Nak je suruh dy jd adik aku..
Aku : Akak pn harap benda tu bleh jd Sarah, tp akk tak mampu..tak ad sistem tu kat Malaysia ni. Akk pn makan hati je sorang2.Takpe Sarah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Buat je apa yang terbaik.
Sungguh aku harap sistem pendidikan di Malaysia ini diubah. Agar dapat diterima kami yang tidak berilmu dunia ni utk belajar bersama, mungkin akan menyusahkan sikit tp kami juga ingin belajar dan ingin tahu. Juga agar subjek al-Quran dibolehkan bagi siapa yg mahu, kalau boleh wajibkan skali (tp kne drpd kecil la ni..) Aku harap tidak segelintir sahaja yg kenal Quran, aku harap setiap Muslim tahu Kitab ajaib ni.. Quran ni memang mukjizat yg hebat, cukuplah dibuktikan dgn hadis ni.."The best among you is he who learns the Quran and teaches it"-Hadith
Hakikatnya, segala ujian ini la yang telah menguatkanku, walaupn ujian ini hanya sedikit sahaja jika dibandingkan pejuang2 Islam lain. Moga adik2ku di sana lebih kuat menghadapi dunia yang semakin pelik ni..aminn. Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment