Sunday, August 30, 2009

Salam Merdeka.. Where energy comes from?

Alhamdulillahi wassalamu ‘ala nabiy..

“Jika Allah menolong kamu, maka tiada orang yang dapat mengalahkan kamu, jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu selain dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mu’min bertawakkal”
-Ali Imran; 160-

Mungkin Allah mahu menegurku melalui bacaan imam terawih semalam..dalam bbrapa bulan belajar medic, aku sering terlupa bahawa kejayaan tidak akan terhasil atas usahaku, sebaliknya atas rahmat dan kasih sayangNya. Betulkan niat dan bertawakkallah selepas berusaha!! Kalau tak, amalan akan jadi seperti debu yang berterbangan!

“Dan Kami hadapkan segala amal yang mereka kerjakan (di hari kiamat), lalu Kami jadikan amal itu debu yang berterbangan”
-Furqan; 23-

Kenapa tajuk “Where energy comes from?” ? Dalam buku Sherwood (one of physiology books), energy comes from the breaking of ATP bond & we get ATP by 3 ways:

1. Creatine phosphate
2. Oxidative phosphorylation
3. Glycolysis
Minta maaf, xcukup masa nak terangkan in detail but I bet u all da tau,kn..

Dari perspektif lain, energy comes from..(nk cite sket..)

Ada 2 orang etlit jarak jauh, A dan Z. Pada perlawanan pertama, Z dapat mengalahkan A. Namun pada perlawanan kedua, A meninggalkan Z jauh di belakang. Kenapa begitu? Bukankah sepatutnya energy mereka berdua tidak banyak bezanya? Rupa-rupanya A penuh semangat untuk menebus semula kekalahannya yang lepas, manakala Z sangat takut dikalahkan sehingga merasa cemas dan patah semangat apabila A mula memintasnya! Komen dari jurulatih “Sebenarnya energy tu datang dari minda!’ Huh?! Yeke…?? Hey.. forget about ATP and whatsoever…It is about our mindset!




Kawan2, fatigue/penat ada 2 jenis:

1. Muscle fatigue
2. Central fatigue
Muscle fatigue disebabkan berkurangnya sumber energy mcm glycogen dalam muscle n ini hanya akan berlaku selepas kite over exercise!

Apa yang lebih bahaya ialah central fatigue atau kalau ditranslatekan ‘kepenatan otak’. Dalam situasi ini, kita tidak mampu, atau lebih tepatnya tidak berselera untuk membuat sesuatu kerja walaupun energy kita banyak lagi..Ini terjadi apabila kita merasa MALAS, PATAH SEMANGAT, dan lain2. Oleh itu, kerahkan energy kita kerana sesungguhnya kita masih mampu. Jangan penatkan otak kita untuk memberi dan mencipta alasan, tapi gunakan ia utk membina ummah yang gemilang, bebas MERDEKA!!

Umat Islam harus cemerlang,
Hari ini mesti lebih baik dari semalam…
Jangan buang masa,
Siapa kata kita tidak boleh,
Kita punya ALLAH MAHA KUASA,
Kita punya kuasa tenaga,
Umat Islam sentiasa boleh!!3X

Salam MERDEKA..merdekakan jasad kita dari bayang2 penjajah, merdekakan minda kita dari belenggu jahiliyah! Wallhu ‘alam…

1 comment:

  1. fuh...mantap gler fisio...
    cbe cter skit sal hemostasis.hu2

    ReplyDelete