Wednesday, October 28, 2009

Histology Text Book

Alhamdulillahi Wassalmu 'ala Nabiy..

Nak promote buku "Textbook of Histology and a Practical Guide" by J.P Gunasegaran. Honestly, buku ni memang best + senang nak faham + murah + xd la sayang2 nak conteng... Ni hanya pendapat saya, banyak lagi buku yg best sbnrny...Wallahu a'lam

Sunday, October 25, 2009

Lagukan 'tapi' tu..

Bila nyamuk gigit,
Badan terasa sakit...
Impulse dah sampai ke otak,
Yang berada di dalam tengkorak...
Otak beri 'rasa' sakit nak mati,
Dia tetap selamat la...tapi
************
Tatkala lampu terbuka,
Yang gelap jadi nyata...
Impulse dah sampai ke otak,
Yang berada di dalam tengkorak...
Otak beri 'bayangan' malam dan pagi,
Dia tetap gelap la...tapi
************
Ketika lagu rock bergegar,
Bunyi hingar-bingar...
Impulse dah sampai ke otak,
Yang berada di dalam tengkorak...
Otak beri 'ilusi' bunyi,
Dia tetap sunyi la...tapi
************
Tapi,
Cuba kita putuskan connectivity,
Antara otak dan jari,
Masihkah ada reaksi??
************
Semuanya adalah bayangan,
Sebagai tayangan,
Juga khayalan...
Yang kita semua bangga2kan!
************
"Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan..." al-Hadid : 20


P/s:
Ini hanya olahan,
Buku Bagi Golongan Yang Berpemikiran,
Harun Yahya punya karangan,
Susah nak dipahamkan,
Lagi susah nak digurindamkan...
Renung2kan,
Salam imtihan....

Tuesday, October 20, 2009

Good Luck My Friend..

Alhamdulillahi Wassalamu 'ala Nabiy..

I can see her anxious face while she was packing all her stuff this morning. What suppose I do? Then I wrote down on the card I bought yesterday (there is no good luck card, so I just bought 'just for u' card..)

"Ya Allah.. bantulah sahabatku ini, tenangkan hatinya, lembutkan lidahnya, permudahkan urusannya.."

That was doa Nabi Musa when he and his brother wanna go to Firaun or Pharaoh, whatever u call it.. I hope she can do well in her speaking test tomorrow, and I really hope, really2 hope, serously.. Amiin

Friday, October 9, 2009

Alkisah..

Di pinggiran sebuah kampung baru, terdapat sebuah menara mencakar langit yang menempatkan menteri dan konco2nya. Adapun, sang menteri Hareyh amatlah yakin pada ilmu hisabnya. Segala urusan diselesaikannya dengan menggunakan kebijaksanaan perkiraannya. Hendak dijadikan cerita, bertitahlah baginda Sultan mengarahkan sang menteri menyempurnakan suatu tugasan - menyediakan suatu santapan bagi sekalian rakyat jelata untuk pesta keramaian yang bakal menjelang. Alangkah terkejutnya sang menteri kerana amat dhaif ilmunya dalam bidang masakan. Santapan yang hendak disediakan pula bukan calang2, hanya segelintir sahaja menteri di wilayah itu yang tahu akan resipi rahsianya.



Sekonyong-konyong, berangkatlah sang menteri bersama-sama Menteri Halid dan 2 orang hulubalang, Hulubalang Bo dan Taya sebagai pembawa kenderaan. Apalah nasib mereka, sudahlah terpaksa meredah Gua Batu untuk mendapatkan ramuan2 rahsia di dalam perut si Gergasi, hampir2 pula terhumban ke gaung disebabkan hulubalang2 kurang berdisiplin orangnya. Akhirnya, dengan rahmat Allah jua, mereka berjaya membawa pulang ramuan ke kampung halaman dengan selamat.



Arakian, bermulalah sesi masak-memasak buat julung2 kalinya. Mengikut kiraan ilmu hisab sang menteri, setelah dicampur-tolak, didarab-bahagi, malah mengikut hukum algebra, trigonometri dan probability: Tepung panjang berjela 10 kampit, sayur oren 10 peket, bawang2 juga rempah-ratus semuanya sudah berada di dalam perkiraan sang menteri. Maka, berbanting tulanglah sekalian dayang; Dayang Ajar, Itaz, 2Nit, Ina, Arit, Kihca, Awah dan juga ketua dayang, Dayang Nur Ihdar. Akhirnya, dengan rahmat Allah jua, terhasillah juadah yang dimaksudkan tadi.



Setelah selesai, terperasanlah sang menteri bahawasanya terdapat ralat yang nyata dalam perkiraannya. Juadah yang telah disediakan teramatlah banyak sehingga mampu menampung 2 buah negara layaknya. Kepada negara jiran, Bentara Hang Tajid dan Hang Areys telah merayu supaya diterima juadah itu namun tetap jua ditolak kerana mereka juga akan merayakan pesta di mahligai Maharaja Borhan Syah malam itu.



Hatta, berbalang2lah juadah yang berlebihan sehingga terpaksa diagih2kan ke seluruh pelusuk kampung. Amatlah dukacita hati sang menteri kerana kiraan ilmu hisabnya meleset, lalu pergilah ia membawa diri. Sang menteri juga telah mengundurkan diri dari istana dan musyawwarah, dan menjadi fobia terhadap juadah itu. Disebabkan kejadian itu juga, Menteri Hareyh bertekad untuk menjadi tabib di-raja, bukan tukang masak, bukan juga ahli ilmu hisab.....Tammat