Di pinggiran sebuah kampung baru, terdapat sebuah menara mencakar langit yang menempatkan menteri dan konco2nya. Adapun, sang menteri Hareyh amatlah yakin pada ilmu hisabnya. Segala urusan diselesaikannya dengan menggunakan kebijaksanaan perkiraannya. Hendak dijadikan cerita, bertitahlah baginda Sultan mengarahkan sang menteri menyempurnakan suatu tugasan - menyediakan suatu santapan bagi sekalian rakyat jelata untuk pesta keramaian yang bakal menjelang. Alangkah terkejutnya sang menteri kerana amat dhaif ilmunya dalam bidang masakan. Santapan yang hendak disediakan pula bukan calang2, hanya segelintir sahaja menteri di wilayah itu yang tahu akan resipi rahsianya.
Sekonyong-konyong, berangkatlah sang menteri bersama-sama Menteri Halid dan 2 orang hulubalang, Hulubalang Bo dan Taya sebagai pembawa kenderaan. Apalah nasib mereka, sudahlah terpaksa meredah Gua Batu untuk mendapatkan ramuan2 rahsia di dalam perut si Gergasi, hampir2 pula terhumban ke gaung disebabkan hulubalang2 kurang berdisiplin orangnya. Akhirnya, dengan rahmat Allah jua, mereka berjaya membawa pulang ramuan ke kampung halaman dengan selamat.
Arakian, bermulalah sesi masak-memasak buat julung2 kalinya. Mengikut kiraan ilmu hisab sang menteri, setelah dicampur-tolak, didarab-bahagi, malah mengikut hukum algebra, trigonometri dan probability: Tepung panjang berjela 10 kampit, sayur oren 10 peket, bawang2 juga rempah-ratus semuanya sudah berada di dalam perkiraan sang menteri. Maka, berbanting tulanglah sekalian dayang; Dayang Ajar, Itaz, 2Nit, Ina, Arit, Kihca, Awah dan juga ketua dayang, Dayang Nur Ihdar. Akhirnya, dengan rahmat Allah jua, terhasillah juadah yang dimaksudkan tadi.
Setelah selesai, terperasanlah sang menteri bahawasanya terdapat ralat yang nyata dalam perkiraannya. Juadah yang telah disediakan teramatlah banyak sehingga mampu menampung 2 buah negara layaknya. Kepada negara jiran, Bentara Hang Tajid dan Hang Areys telah merayu supaya diterima juadah itu namun tetap jua ditolak kerana mereka juga akan merayakan pesta di mahligai Maharaja Borhan Syah malam itu.
Hatta, berbalang2lah juadah yang berlebihan sehingga terpaksa diagih2kan ke seluruh pelusuk kampung. Amatlah dukacita hati sang menteri kerana kiraan ilmu hisabnya meleset, lalu pergilah ia membawa diri. Sang menteri juga telah mengundurkan diri dari istana dan musyawwarah, dan menjadi fobia terhadap juadah itu. Disebabkan kejadian itu juga, Menteri Hareyh bertekad untuk menjadi tabib di-raja, bukan tukang masak, bukan juga ahli ilmu hisab.....Tammat
Children of Paradise
5 years ago
pergh zu....
ReplyDeletenh karang sndr kew...
dasat r zu...
tp kte still dpt phm..
he333
kak zue
ReplyDeletemabruk
bes r story, bley bwt org yg
mengalami gelak sorang2
=p
tp mane gmbr bhn santapannye?
=p
Harakian, dijemput kembali menteri hareyh untuk pulang bantu meneraju pmrintahan. Sesungguhnya, tidaklah ia terbiar karena santapan itu amat sedap dan habis dimakan oleh raksasa perut luas.
ReplyDeleteyg mencari,
Baginda Sultan
Patik sembah derhaka wahai Baginda Sultan;p
ReplyDeleteBuat Dayang Itaz dan sekalian dayang, terima kasih tak terhingga dari hamba.
Buat Menteri Awfos pula, janganlah bersedih hati lagi kerna tuan hamba sama seperti hamba jua keadaannya.. ayuh tinggalkan istana!
Haha.. poyo je..