Thursday, December 3, 2009

My Bebeh..

Alhamdulillah wassalamu 'ala nabiy..

Lagi seminggu bibik nak balik..balik yang takkan datang lagi buat selama-lamanya..sedih100X... Memangla, dia hanya pembantu rumah..tapi dari aku kecik tu,13tahun aku berkepit dengan dia.. Pasni tak dapat la lagi aku dengar words 'celana', 'mobil', 'pacar'..huhu..eh, tapi adik2 aku da gune words tu..hii..

Aku akan rindu gak petua2 kecantikan yang selalu dia bising2kan kat umah..makan jamu, ulam2, minum sirih, air limau (tak penah buat pun..) Ha,korang pun mungkin boleh cuba satu petua ni..kalau terjaga dari tidur disebabkan mimpi buruk, cepat2 pergi ke tandas n sebutkan mimpi tu, pastu apa lagi, flush r jamban tu..biar sume mimpi tu pergi jauh2...haha.. ape2 je la bik..

Makanan lak..tempe, sambal bibik yang pedas nak mati tu..tak dapat nak cari kat memane restoran, walaupun restoran Rasyid yang dorang kate masak pedas gle tu...tak dapat gak nk tanding!

Sedih aku bile dia cerita.."Ngah, cukup ke duit bibik RM**,***.00 tu nak baiki rumah bibik?Atap bibik sume dah reput.." "Pasni, bibik kurusla kat indon sebab bibik kerja ladang tu.." "Suami bibik sakit tu,dia da panggil balik.."

Tak cukup rase sekadar blanje utk balas jasa yang terlampau besar..ramai yang cakap,tu pembantu je, janganla over sangat...'Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku..'-Yusuf:86

Bik.........jgn pergi.......abah,panggil bibik balik...............='(

Wednesday, October 28, 2009

Histology Text Book

Alhamdulillahi Wassalmu 'ala Nabiy..

Nak promote buku "Textbook of Histology and a Practical Guide" by J.P Gunasegaran. Honestly, buku ni memang best + senang nak faham + murah + xd la sayang2 nak conteng... Ni hanya pendapat saya, banyak lagi buku yg best sbnrny...Wallahu a'lam

Sunday, October 25, 2009

Lagukan 'tapi' tu..

Bila nyamuk gigit,
Badan terasa sakit...
Impulse dah sampai ke otak,
Yang berada di dalam tengkorak...
Otak beri 'rasa' sakit nak mati,
Dia tetap selamat la...tapi
************
Tatkala lampu terbuka,
Yang gelap jadi nyata...
Impulse dah sampai ke otak,
Yang berada di dalam tengkorak...
Otak beri 'bayangan' malam dan pagi,
Dia tetap gelap la...tapi
************
Ketika lagu rock bergegar,
Bunyi hingar-bingar...
Impulse dah sampai ke otak,
Yang berada di dalam tengkorak...
Otak beri 'ilusi' bunyi,
Dia tetap sunyi la...tapi
************
Tapi,
Cuba kita putuskan connectivity,
Antara otak dan jari,
Masihkah ada reaksi??
************
Semuanya adalah bayangan,
Sebagai tayangan,
Juga khayalan...
Yang kita semua bangga2kan!
************
"Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan..." al-Hadid : 20


P/s:
Ini hanya olahan,
Buku Bagi Golongan Yang Berpemikiran,
Harun Yahya punya karangan,
Susah nak dipahamkan,
Lagi susah nak digurindamkan...
Renung2kan,
Salam imtihan....

Tuesday, October 20, 2009

Good Luck My Friend..

Alhamdulillahi Wassalamu 'ala Nabiy..

I can see her anxious face while she was packing all her stuff this morning. What suppose I do? Then I wrote down on the card I bought yesterday (there is no good luck card, so I just bought 'just for u' card..)

"Ya Allah.. bantulah sahabatku ini, tenangkan hatinya, lembutkan lidahnya, permudahkan urusannya.."

That was doa Nabi Musa when he and his brother wanna go to Firaun or Pharaoh, whatever u call it.. I hope she can do well in her speaking test tomorrow, and I really hope, really2 hope, serously.. Amiin

Friday, October 9, 2009

Alkisah..

Di pinggiran sebuah kampung baru, terdapat sebuah menara mencakar langit yang menempatkan menteri dan konco2nya. Adapun, sang menteri Hareyh amatlah yakin pada ilmu hisabnya. Segala urusan diselesaikannya dengan menggunakan kebijaksanaan perkiraannya. Hendak dijadikan cerita, bertitahlah baginda Sultan mengarahkan sang menteri menyempurnakan suatu tugasan - menyediakan suatu santapan bagi sekalian rakyat jelata untuk pesta keramaian yang bakal menjelang. Alangkah terkejutnya sang menteri kerana amat dhaif ilmunya dalam bidang masakan. Santapan yang hendak disediakan pula bukan calang2, hanya segelintir sahaja menteri di wilayah itu yang tahu akan resipi rahsianya.



Sekonyong-konyong, berangkatlah sang menteri bersama-sama Menteri Halid dan 2 orang hulubalang, Hulubalang Bo dan Taya sebagai pembawa kenderaan. Apalah nasib mereka, sudahlah terpaksa meredah Gua Batu untuk mendapatkan ramuan2 rahsia di dalam perut si Gergasi, hampir2 pula terhumban ke gaung disebabkan hulubalang2 kurang berdisiplin orangnya. Akhirnya, dengan rahmat Allah jua, mereka berjaya membawa pulang ramuan ke kampung halaman dengan selamat.



Arakian, bermulalah sesi masak-memasak buat julung2 kalinya. Mengikut kiraan ilmu hisab sang menteri, setelah dicampur-tolak, didarab-bahagi, malah mengikut hukum algebra, trigonometri dan probability: Tepung panjang berjela 10 kampit, sayur oren 10 peket, bawang2 juga rempah-ratus semuanya sudah berada di dalam perkiraan sang menteri. Maka, berbanting tulanglah sekalian dayang; Dayang Ajar, Itaz, 2Nit, Ina, Arit, Kihca, Awah dan juga ketua dayang, Dayang Nur Ihdar. Akhirnya, dengan rahmat Allah jua, terhasillah juadah yang dimaksudkan tadi.



Setelah selesai, terperasanlah sang menteri bahawasanya terdapat ralat yang nyata dalam perkiraannya. Juadah yang telah disediakan teramatlah banyak sehingga mampu menampung 2 buah negara layaknya. Kepada negara jiran, Bentara Hang Tajid dan Hang Areys telah merayu supaya diterima juadah itu namun tetap jua ditolak kerana mereka juga akan merayakan pesta di mahligai Maharaja Borhan Syah malam itu.



Hatta, berbalang2lah juadah yang berlebihan sehingga terpaksa diagih2kan ke seluruh pelusuk kampung. Amatlah dukacita hati sang menteri kerana kiraan ilmu hisabnya meleset, lalu pergilah ia membawa diri. Sang menteri juga telah mengundurkan diri dari istana dan musyawwarah, dan menjadi fobia terhadap juadah itu. Disebabkan kejadian itu juga, Menteri Hareyh bertekad untuk menjadi tabib di-raja, bukan tukang masak, bukan juga ahli ilmu hisab.....Tammat

Sunday, September 6, 2009

Nuzul Quran

الحمد لله والسلام على النبىّ


Pernahkah kita ditanya, "Nuzul Quran ialah hari diturunnya al-Quran kan? Kenapa hanya sehari je nuzul Quran sedangkan al-Quran tu kan turun selama 23 tahun?"

Dalam Quran juga ada menyatakan,

"Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran.." (al-Baqarah : 185)
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.." (ad-Dukhan:3)
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar." (al-Qadr:1)


Jawabnya..

Nuzul Quran kalau diterjemahkan ialah proses penurunan al-Quran, byk peringkatnya..
Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) berlaku pada malam Lailatul Qadr di mana peristiwa besar ini diabadikan di dalam 3 ayat al-Quran di atas.
Peringkat seterusnya ialah penurunan secara beransur-ansur daripada Baitul Izzah ke Rasulullah melalui Jibril A.S. selama 23 tahun, mengikut peristiwa yang berlaku. Ayat pertama iaitu 5 ayat dari surah al-'Alaq diturunkan pada 17 Ramadan, hari Nuzul Quran yang kita rayakan sekarang.

*Terdapat banyak khilaf pendapat tentang berapa peringkat penurunan, bilangan tahun, tarikh sebenar dan ayat al-Quran itu sendiri, perlu baca sdn. bhd...

Mengapa kitab yang paling mulia ini diturunkan pada bulan Ramadan dan mengapakah hanya bulan yang paling mulia ini disebut dalam al-Quran?

*Bulan lain pun disebut juga, tak dinafikan.. tapi ayatnya tidak spesifik seperti berikut:

"Musim haji itu pada bulan-bulan yang telah dimaklumi.." (al-Baqarah : 197)
------> Merujuk kepada bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah
"Apabila telah habis bulan-bulan haram, maka perangilah orang-orang musyrik dimana-mana saja kamu temui.." (at-Taubah : 5)
------> Merujuk kepada bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab
"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan..diantaranya ada empat bulan haram.." (at-Taubah : 36)

Ulang balik soalan..
Mengapa kitab yang paling mulia ini,al-Quran, diturunkan pada bulan Ramadan dan mengapakah hanya nama bulan yang paling mulia ini, Ramadan, disebut dalam al-Quran?

Because..

They are meant to be together
Don't separate them..=)


اللهم ارزقنا تلاوة القرءان فى شهر رمضان


P/s: Correct me pliz

Sunday, August 30, 2009

Salam Merdeka.. Where energy comes from?

Alhamdulillahi wassalamu ‘ala nabiy..

“Jika Allah menolong kamu, maka tiada orang yang dapat mengalahkan kamu, jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu selain dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mu’min bertawakkal”
-Ali Imran; 160-

Mungkin Allah mahu menegurku melalui bacaan imam terawih semalam..dalam bbrapa bulan belajar medic, aku sering terlupa bahawa kejayaan tidak akan terhasil atas usahaku, sebaliknya atas rahmat dan kasih sayangNya. Betulkan niat dan bertawakkallah selepas berusaha!! Kalau tak, amalan akan jadi seperti debu yang berterbangan!

“Dan Kami hadapkan segala amal yang mereka kerjakan (di hari kiamat), lalu Kami jadikan amal itu debu yang berterbangan”
-Furqan; 23-

Kenapa tajuk “Where energy comes from?” ? Dalam buku Sherwood (one of physiology books), energy comes from the breaking of ATP bond & we get ATP by 3 ways:

1. Creatine phosphate
2. Oxidative phosphorylation
3. Glycolysis
Minta maaf, xcukup masa nak terangkan in detail but I bet u all da tau,kn..

Dari perspektif lain, energy comes from..(nk cite sket..)

Ada 2 orang etlit jarak jauh, A dan Z. Pada perlawanan pertama, Z dapat mengalahkan A. Namun pada perlawanan kedua, A meninggalkan Z jauh di belakang. Kenapa begitu? Bukankah sepatutnya energy mereka berdua tidak banyak bezanya? Rupa-rupanya A penuh semangat untuk menebus semula kekalahannya yang lepas, manakala Z sangat takut dikalahkan sehingga merasa cemas dan patah semangat apabila A mula memintasnya! Komen dari jurulatih “Sebenarnya energy tu datang dari minda!’ Huh?! Yeke…?? Hey.. forget about ATP and whatsoever…It is about our mindset!




Kawan2, fatigue/penat ada 2 jenis:

1. Muscle fatigue
2. Central fatigue
Muscle fatigue disebabkan berkurangnya sumber energy mcm glycogen dalam muscle n ini hanya akan berlaku selepas kite over exercise!

Apa yang lebih bahaya ialah central fatigue atau kalau ditranslatekan ‘kepenatan otak’. Dalam situasi ini, kita tidak mampu, atau lebih tepatnya tidak berselera untuk membuat sesuatu kerja walaupun energy kita banyak lagi..Ini terjadi apabila kita merasa MALAS, PATAH SEMANGAT, dan lain2. Oleh itu, kerahkan energy kita kerana sesungguhnya kita masih mampu. Jangan penatkan otak kita untuk memberi dan mencipta alasan, tapi gunakan ia utk membina ummah yang gemilang, bebas MERDEKA!!

Umat Islam harus cemerlang,
Hari ini mesti lebih baik dari semalam…
Jangan buang masa,
Siapa kata kita tidak boleh,
Kita punya ALLAH MAHA KUASA,
Kita punya kuasa tenaga,
Umat Islam sentiasa boleh!!3X

Salam MERDEKA..merdekakan jasad kita dari bayang2 penjajah, merdekakan minda kita dari belenggu jahiliyah! Wallhu ‘alam…