Friday, June 25, 2010

Antara Dosa Dan Sengsara...

“Kenapa awak sanggup? Bukankah awak ada banyak lagi pilihan lain? Adakah sebab saya nampak terlalu kasihan? Saya tak perlukan simpati.. Masih sempat untuk awak berpatah balik, andai terdetik kekesalan di hati awak.” Bertalu-talu Nur meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Ahmad Syahid nampak terlalu yakin. Nur tidak berpuas hati. Selagi segala pertanyaannnya tidak dijawab, dia tidak akan sesekali mempercayai lelaki itu. Syahid serba-salah. Perlukah dia menjawabnya? Takut-takut terbongkar rahsianya nanti.

“Baiklah, apa yang Nur nak tahu?”

“Kenapa awak sanggup terima Nur di saat semua orang membuang Nur?”

******

“Ibu, kenapa ye Ibu sayangkan Mad? Nenek selalu marah-marah Mad, Atuk pun macam tu.. kawan-kawan Mad selalu ejek-ejek Mad.”

“Apalah Mad ni.. Mad kan anak Ibu, mestilah Ibu sayang”

“Tapi Mad anak orang yang Ibu benci. Ibu tak bencikan Mad ke? Sebab Mad, satu kampung pandang hina pada Ibu..”

Walaupun masih kecil, Mad sudah pandai. Sedang kanak-kanak lain dimanjakan ibu dan ayahnya, dia sudah lali dibuli dan diejek namun langsung tidak pernah diceritakan kepada ibunya. Pun begitu, hati ibu mana yang tidak sedar akan kesedihan anaknya. Lalu carik hati anaknya itu dijahit dengan kata-kata Nabi “Orang yang paling kuat ialah mereka yang dapat mengawal amarahnya.”

Ibu orang yang paling kuat bagi Mad. Siapa yang sanggup bersabar apabila ditolak dengan hina tatkala hari bahagianya hampir tiba? Lebih-lebih lagi atas kesalahan yang tidak langsung dilakukan dan diharapkan olehnya. Nenek yang hampir nyanyuk itu pun sehingga sekarang masih lagi mengungkit-ungkit dalam keadaan sedar atau tidak,

“Tu la kau Mariam, dulu aku dah suruh kau gugurkan budak tu, kau tak nak. Tengok, dah la tak berguna, asyik menyusahkan pula. Kalau kau ikut nasihat aku dulu mesti hidup kau bahagia.”

“Tak apalah, mungkin Nenek terlampau terkejut dengan perkara itu”, Ibu selalu menangkan Nenek.

“Ibu, kalau Ibu buang Mad dulu, kan Ibu senang. Mad pun bukannya tahu”.

“Yalah, kenapa Ibu tak buang ye?” Ibu senyum menyakat.

“Sebab Ibu mimpi...”


“Nasib baik Ibu tak buang Mad, kalau tak sampai habis nyawa Ibu lah Ibu akan termimpi-mimpi. Lebih beruntung lagi, Allah dah bagi Ibu seorang anak yang soleh macam Mad sebagai teman Ibu sehingga akhir hayat Ibu. Segala kepayahan Ibu dah dibayar dengan harga yang jauh lebih tinggi!”

Mad memang beruntung. Mamiliki otak yang cerdas membolehkannya khatam al-Quran lebih cepat berbanding kawan-kawannya. Nasihat-nasihat ibunya juga pantas dapat digunakan dalam hidupnya.

“Tapi Ibu, kenapa Allah buat Ibu macam ni? Bukannya Ibu ada buat dosa pun..”

“Ish Mad, jangan cakap macam tu! Sedangkan Mariam A.S. yang mulia itu pun diuji dengan ujian yang berat, apa lagi ibu yang banyak dosa ni. Tak layak rasanya Ibu mengangkat muka dengan Allah.”

Tidak lagi ditanya soalan itu sejak Ibu memarahinya. Dia faham akan maksud ibunya. Selama ini disangka air mata ibunya yang selalu mengalir seusai solat ialah air mata penderitaan, rupanya ia adalah air mata pengabdian.

“Ibu, terima kasih sebab terima Mad. Mad tahu Ibu banyak menderita. Mad akan balas!”

“Ibu tunggu..” Ibu tersenyum kembali.

*******

Ahmad Syahid menyeka air matanya. Ibu tidak menunggunya. Harapannya untuk memberikan Ibu sedikit kesenangan tidak kesampaian.Allah lebih menyayangi Ibu.

Nur terdiam. Tidak menyangka lelaki yang punya segalanya ini senasib dengan kandungannya yang hampir digugurkan beberapa hari lalu. Nyata, anak luar nikah bukanlah seperti yang selalu digembar-gemburkan masyarakat. Hanya dengan iman manusia dapat dimanusiakan persetan keturunannya.

“Maaf Nur. Izinkan saya membalas budi Ibu kepada Nur. Itu pun kalau Nur sudi menerima saya.”

“Tapi tidak kisahkah awak dengan perangai lampau saya yang liar? Sayalah penyebabnya ia berlaku. Saya bukanlah sebaik ibu awak. Kami tidak sama.” Nur tunduk.

“Orang yang sudah bertaubat dengan sebenar-benar taubat ibarat kain putih yang suci bersih. Mungkin Nur lebih suci daripada saya di sisi Allah..” Ahmad memandang ke langit, seolah-olah dia bukan sedang bercakap dengan Nur, tetapi dengan ‘sesuatu’ yang lain.

Nur tersenyum. Sifat merendahkan diri itulah yang paling disukainya, hasil didikan Mariam. Mungkin sebab namaku pun serupa dengan ibunya, Nur Mariam, desis hatinya~


*Cerita ini rekaan semata-mata

**Moral of the story:

1. Bertaubatlah
2. Buang perangai buruk, bukan buang baby yang sangat comel n suci tu

Dan apabilah ruh-ruh dipertemukan dengan tubuh,
Dan apabila bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya,
Kerana dosa apa dia DIBUNUH?!


-at-Takwir ayat 7-9

3. Keimanan atau kejahatan tidak diwarisi, ia tak termasuk dlm code DNA pun
4. Berilah peluang



Dia bersembunyi dari orang ramai,
disebabkan khabar buruk yang disampaikan kepadanya.
Apakah dia akan memelihara anak itu dengan menanggung kehinaan,
atau akan membenamkannya ke dalam tanah hidup-hidup?
Ingatlah alangkah buruknya keputusan yang mereka tetapkan itu.

-an-Nahl ayat 59-

8 comments:

  1. he3, akhirnya diupdate jua. nice story bout mereka nie. kekadang tertanye2 jugak ape yg terjd kpd anak2 nie, yg terselamat dr dicmpak2 oleh mnusia berhati binatang. anak2 nie xberdosa tp dipandang berdosa. ish3. astaghfirullah al 'azim.

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Erk,salah masuk blog ke nih?
    Camne blog ni boleh ade update?

    *hoho.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. salam
    zue,update gk akhirny..hehe..nice post..
    btul tu..anak2 tu xberdosa pun..xptut wt cmtu..
    zue,ble nk post sal mjlis prtunangn akak zue tu?

    ReplyDelete
  4. Tasnim n Athirah- mari sama2 jadi doktor untuk membantu!Huhu..nnt kte post psl kkk kte, insyaAllah

    Emang- ha, taw mnyayat ati..komen lagi blog ni!

    Mr.Najmee, bg support sket plizz..>=

    ReplyDelete
  5. best cite nih. xsangke k.zu pandai tulih cerita. pasni bulih buat cito lg.sy tulung baca :) btol, iman tak dapat diwarisi tapi perlu dicari :)

    ReplyDelete
  6. "jom meriahkan ukhuwwah kte di promat8.blogspot.com.Nak jd admin?? email me here durakhyar@yahoo.com

    ReplyDelete