Thursday, June 25, 2009
Ayuh kembali ke sekolah!
Tuesday, June 23, 2009
Ijtimak Huffaz 2009
Hari ni ada program Ijtimak Huffaz peringkat negeri Selangor kat masjid negeri.. antara hafiz yg dijemput untuk bg muhasabah ialah Ybhg Dr. Mohd Shafie b Hj Md Amin al-Muqri, penasihat Persatuan Institut Tahfiz Selangor (PITAS). Sebelum aku ketemu dia hari ni, aku hanya mengenalinya kerana anak2nya ramai yang memenangi pertandingan hafazan peringkat kebangsaan.. aku cukup kagum bagaimana dia boleh mendidik anak2nya sehingga sehebat itu. Namun hari ni, aku lebih kagum lagi. Dia mula menghafaz Quran pada usianya 18 tahun dan tamat pada usia 30 tahun sewaktu dia membuat degreenya dalam bidang akaun di England! Ya Allah, hidayahMu datang dimana2 shj..
Aku mencatat segala2 yg dibentangkan pada hari itu walaupun tulisanku lutsinar (pen yg ku bawa tak mahu mengeluarkan dakwatnya..T_T). Segala yang disebutnya menusuk kalbu walaupun semuanya telah aku dengar sebelum ni.. antaranya mengenai CINTA
Manusia memang suka dicinta dan mencintai.. ibaratnya makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena jika mencintai seseorang. Kita sanggup berbuat apa shj agar org yg kita cintai gembira "Kalau org tu nk nasi kerabu, sanggup naik flight pergi kelantan untuk beli n balik petang tu juga untuk bagi dia makan!"..tu antara ayatnya. Kalau nak jumpa, mesti segalanya perfect. Setengah jam sebelum tu da tunggu, pakai smart2, tunjukkan imej yg baik, hanya tumpukn dia, hanya dia..Yaa..sangat sempurna..
Namun, bagaimanakah perjumpaan kita dengan kekasih kita?
Kalau nak jumpa, segalanya jadi tak kena.. Sejam selepas tu baru siap, pakai ala kadar, tak tunjukkan imej yg baik lgsg, sempat pula mencuri (Hal ini ditegaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seburuk-buruk orang yang mencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka. Maka sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri daripada solat mereka? Maka Rasulullah menjawab: Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud mereka (iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas). -Riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah), malah tumpuan kepadaNya pun tenggelam timbul shja..
Dua perkara yang paling disukai Allah ialah ketika kita bersolat dan membaca al-Quran.. Ayuh, segeralah mencari cinta Allah di dalam solat. Nabi juga menekankan pentingnya solat walaupun dihujung nyawa baginda. Bukankah solat adalah amalan pertama yang ditanya di dalam kubur nanti? Dan bukankah kita akan terus ditanya dan ditanya sehingga kita mendapat jawapannya?
Beliau juga menyebut tentang menghafaz al-Quran adalah 'bidayatul bidayah', permulaan bagi suatu permulaan. Lihat sahaja tokoh2 Islam yang bersinar di zaman dahulu, perjalanan mereka dimulakan dengan menghafaz al-Quran sejak kecil. Kita tahu bahawa ilmu2 barat sungguh hebat. Namun, tanpa dipandu al-Quran, ilmu itu bakal menjadi alat menghancurkan dunia. Sebagai contoh, ilmu Barat mengatakan jika kita mengeluarkan sedekah atau beri duit kepada orang lain, duit kita akan berkurang dan kita akan mengalami kerugian. Kamu ada RM10 dan jika menderma RM1, wangmu hanya RM9 sekarang. Akal kamu pun berkata begitu bukan?
Al-Quran, sebaliknya mengajar "Perumpamaan orang2 yang menafkahkn hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan 7 batang, pada tiap2 batang 100 biji" surah al-Baqarah;261. Jika RM1 tadi dikira kembali, 1x7x100=700! W0w! Benar wang kita hanya tinggal RM9 sekarang, tapi al-Quran tetap mengajar cara kita membeli saham di akhirat yang mana ilmu matematik sekarang langsung tidak mengajarnya.. "Syaitan menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kikir; sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan drpdNya dan kurnia" surah al-Baqarah;268.
Kesimpulannya, bukankah elok setiap ilmu dapat dikaitkan dengan al-Quran.. fikiran kita akan lebih rasional. Jika dulu kita menganggap rezeki kita adalah apa yang kita dapat, tapi sekarang kita tahu bahawa rezeki kita ialah apa yang kita beri kepada orang lain.
Wallahu'alam
Saturday, June 20, 2009
Doa lepas solat
ا للّهمّ اجعل ديننا دين النبى صلى اللّه عليه وسلّم
Ya Allah, jadikanlah agamaku ini benar sebagaimana yang dibawa Nabi SAW
واسلامنا اسلام المسلمين
Dan Islamku ini sebagaimana Islamnya Muslimin yang sebenar
وايماننا ايمان المؤمنين
Dan imanku ini sebagaimana berimannya orang Mukminin
وصلاتنا صلاة الخاشعين
Dan solatku spt solat orang2 yg khusyu’
وقيامنا قيام الخائفين
Dan berdiriku spt berdirinya org2 yg takut kepadaMu
وركوعنا ركوع المتورّعين
Dan ruku’ku spt ruku’nya org2 yg wara’
وسجودنا سجود المتضرّعين
Dan sujudku spt sujudnya org2 yg tawaddu’ merendahkan diri
وأعمالنا أعمال الصالحين
Dan amalanku spt amalan org2 soleh
ونيّتنا نيّة المخلصين
Dan niatku spt niat org2 yg ikhlas
وذنوبنا ذنوب المستغفرين
Dan jika aku berbuat dosa jadikanku org yg bertaubat kepadaMu
وأحينا بحياة العلماء
Dan hidupkanlah aku sebagaimana Ulama’
وأمتنا بموت الشهداء
Dan matikanlah aku sebagai seorang Syuhada
وأدخلنا الجنّة مع الأنبياء
Dan masukkanlah aku ke dalam syurga bersama2 Nabi2Mu
Friday, June 19, 2009
Sarang hamida SMAKL!!!
"Sesungguhnya Allah telah membuat mudah pada al-Quran untuk diingati dan difahami. Tetapi adakah orang yang mengambil pelajaran?"-Qamar:17
- Mereka adalah keluarga Allah
- Ditempatkan di syurga yg paling tinggi
- Ahli al-Quran adalah org yang arif di syurga
- Hati penghafaz al-Quran tidak diseksa
- Hafalan al-Quran merupakan bekalan paling baik
- Disayangi Rasulullah
- Orang tua mereka akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang mana sinarannya lebih terang drpd matahari yg memancar ke rumah2
Kelebihan dlm peristiwa2:
- Lebih berhak menjadi imam dalam solat
- Dimakamkan dahulu dlm peristiwa perang Uhud
- Mereka dicari untuk membukukan al-Quran pada zaman Khalifah Abu Bakar kerena ramai Hafiz telah syahid
"Adik2, tu berdasarkan al-Quran dan Hadith..byk lagi kelebihan yg manusia kaji..otak lebih tajam, ingatan lebih kuat, hati tenang tak mudah stress, muka bersinar2.." Aku tersenyum kepada mereka, tak pasti mereka masih bersamaku ketika itu atau tidak.. "Muka akak bersinar2 tak?Ni kajian ni,mesti betul..!" Bulat mata mereka, tak tahu nak balas apa..tak ada langsung ke sinaran mukaku ni? Aku bertanya lagi..lalu mereka mengiakan.."Bersinar kk..sebab cahaya lampu!" Terima kasih dik! "Bersinar maksudnya di sini dengan cahaya ketenangan. Kalau muka akak bersinar, mesti semua orang nak hafaz al-Quran!"
"Akak, macamana kalau hafal tapi lupa?" Huh! tu memang pedih untuk dijawab.."Dalam hadith, Peliharalah al-Quran ini. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad berada di tanganNya, sungguh dia lebih mudah lepas dari unta dalam ikatannya. Sebelum akak jawab, akak nak tanya, kenapa Nabi sebut unta di sini?" Sunyi....... "Sebab Nabi duduk kat mana? (Arab..) Ha, sebab tu lah unta, takkan Nabi nak cakap kerbau pula? Bab ni jd masalah yang besar bagi org hafaz al-Quran..tapi adk2, jgn takut lupa. Anggap ia suatu rahmat dari Allah..Dia nak kta lebih banyak baca al-Quran untuk mengulang. Kalau kita dah ingat mesti bacaan kita berkurangan" "Tak dosa ke kak lupa?" "Berdosakah kita jadi perempuan? Kita memang semulajadi dijadikan mudah lupa, jadi terlupa adalah fitrah. Tapi dengan syarat kita sudah cuba mengulang sebaik mungkin!"
"Ada soalan lain? Kita nak mula tasmik ni.." Sengaja aku mengelak membincangkan topik yg payah bagiku ni..Tazkirah disambung lagi dengan kisahku di DQ, untuk menarik minat adik2 terhadap Darul Quran..Kelas tasmik berjalan seperti biasa..SMAKL, ku harap kau terus mengeluarkan bau haruman Islam ditengah2 bandaraya material ini..aminn..sarang hamida, SMAKL!!!
Congratz Jat!
''Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat aku ingin setia padanya..''
- Imam Syafie -
Jat, kte nak tulis kisah hang ni..mnta izin ye,kiki..
Hari ni aku gembira sangat. Akhirnya doa kami semua termakbul...Jat, kita akan bersama meredahi onak duri ni,hehe.. Aku pasti doa yang paling bersinar2 disisi Allah ialah doa ibumu Jat..doa ibu bapa takkan disia-siakan Allah!
Aku sangat bersyukur..sebab aku ingat hanya aku yang bersedih tapi sebenarnya semua sahabat2 lain juga turut bertungkus-lumus menolong.. Ada yang tolong buat surat rayuan, ada yang translatekan, yg emelkn n printkn surat, yg bagi emel kat Prof.Nik, yg mnta tolong senior, yg guna lembaga pengarah, yg tolong topupkn, yg nak wat petisyen bantahan, yg bagi semangat, yg jadi tourism guide ke Pandan Indah (cm tw je ni..hehe..) dan segala2 yg terdaya, sowy klw xtulis kt cney..
Jat, ayah kite yg tolong lukiskn map Pandan Indah ckp congratz kat hg.. dy kate ni kene wat kenduri kat sane nnt ni..hahaha..
Teringat mse kat DQ.. Ukhuwah itulah kenangan paling manis namun ia juga adalah yang paling pahit bila aku ke tempat lain.. Rasa cm tak sanggup nak menghadapi perpisahan lagi.. plg sedih berpisah dengan ANIQ.. Aniq, syair Imam Syafie kt atas tu bila pertama kali kte bace, kte teringat muka Aniq.. Terima kasih kerana bg kte rse kemanisan ukhuwah, kte tak pernah terfikir akan begitu mempercayai orang luar..
Indahnya ukhuwah..
Dikala lupa ada yang mengingati,
Dikala tersilap ada yang menasihati,
Di dunia jasadnya menemani,
Di kubur nanti pasti doanya mengiringi..