Dengan NamaMu Ya Allah Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Thursday, June 25, 2009
Ayuh kembali ke sekolah!
Waduhh.. ada 3 orang budak USIM kena virus H1N1.. esok dah nak balik.. aku kena selamatkan diri ni! Langkah pertama elakkan pergi ke USIM. Kedua jauhi budak2 USIM. Ketiga berkurung dalam rumah.. wah3, macam nak cuti pnjg lagi ni.. amin3x
Aku(Imam Syafi'e) telah mengadu kepada guruku Waqi’ tentang buruknya hafalanku, Beliau menasihatkanku supaya meninggalkan maksiat, Beliau memberitahuku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya, Dan sesungguhnya cahaya Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat.
10 Wasiat Imam Hassan al-Banna
1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah bersembahyang serta-mertawalau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arabyang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun keranapertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung denganAllah Taala itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendakioleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmiyang sia-sia malah menyakitkan hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecampertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yangmemberikan kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui keranaasas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada padakita, oleh itu gunakanalah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
No comments:
Post a Comment