Tuesday, June 23, 2009

Ijtimak Huffaz 2009

22.6.2009
Hari ni ada program Ijtimak Huffaz peringkat negeri Selangor kat masjid negeri.. antara hafiz yg dijemput untuk bg muhasabah ialah Ybhg Dr. Mohd Shafie b Hj Md Amin al-Muqri, penasihat Persatuan Institut Tahfiz Selangor (PITAS). Sebelum aku ketemu dia hari ni, aku hanya mengenalinya kerana anak2nya ramai yang memenangi pertandingan hafazan peringkat kebangsaan.. aku cukup kagum bagaimana dia boleh mendidik anak2nya sehingga sehebat itu. Namun hari ni, aku lebih kagum lagi. Dia mula menghafaz Quran pada usianya 18 tahun dan tamat pada usia 30 tahun sewaktu dia membuat degreenya dalam bidang akaun di England! Ya Allah, hidayahMu datang dimana2 shj..

Aku mencatat segala2 yg dibentangkan pada hari itu walaupun tulisanku lutsinar (pen yg ku bawa tak mahu mengeluarkan dakwatnya..T_T). Segala yang disebutnya menusuk kalbu walaupun semuanya telah aku dengar sebelum ni.. antaranya mengenai CINTA

Manusia memang suka dicinta dan mencintai.. ibaratnya makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena jika mencintai seseorang. Kita sanggup berbuat apa shj agar org yg kita cintai gembira "Kalau org tu nk nasi kerabu, sanggup naik flight pergi kelantan untuk beli n balik petang tu juga untuk bagi dia makan!"..tu antara ayatnya. Kalau nak jumpa, mesti segalanya perfect. Setengah jam sebelum tu da tunggu, pakai smart2, tunjukkan imej yg baik, hanya tumpukn dia, hanya dia..Yaa..sangat sempurna..

Namun, bagaimanakah perjumpaan kita dengan kekasih kita?


Kalau nak jumpa, segalanya jadi tak kena.. Sejam selepas tu baru siap, pakai ala kadar, tak tunjukkan imej yg baik lgsg, sempat pula mencuri (Hal ini ditegaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seburuk-buruk orang yang mencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka. Maka sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri daripada solat mereka? Maka Rasulullah menjawab: Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud mereka (iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas). -Riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah), malah tumpuan kepadaNya pun tenggelam timbul shja..


Dua perkara yang paling disukai Allah ialah ketika kita bersolat dan membaca al-Quran.. Ayuh, segeralah mencari cinta Allah di dalam solat. Nabi juga menekankan pentingnya solat walaupun dihujung nyawa baginda. Bukankah solat adalah amalan pertama yang ditanya di dalam kubur nanti? Dan bukankah kita akan terus ditanya dan ditanya sehingga kita mendapat jawapannya?


Beliau juga menyebut tentang menghafaz al-Quran adalah 'bidayatul bidayah', permulaan bagi suatu permulaan. Lihat sahaja tokoh2 Islam yang bersinar di zaman dahulu, perjalanan mereka dimulakan dengan menghafaz al-Quran sejak kecil. Kita tahu bahawa ilmu2 barat sungguh hebat. Namun, tanpa dipandu al-Quran, ilmu itu bakal menjadi alat menghancurkan dunia. Sebagai contoh, ilmu Barat mengatakan jika kita mengeluarkan sedekah atau beri duit kepada orang lain, duit kita akan berkurang dan kita akan mengalami kerugian. Kamu ada RM10 dan jika menderma RM1, wangmu hanya RM9 sekarang. Akal kamu pun berkata begitu bukan?


Al-Quran, sebaliknya mengajar "Perumpamaan orang2 yang menafkahkn hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan 7 batang, pada tiap2 batang 100 biji" surah al-Baqarah;261. Jika RM1 tadi dikira kembali, 1x7x100=700! W0w! Benar wang kita hanya tinggal RM9 sekarang, tapi al-Quran tetap mengajar cara kita membeli saham di akhirat yang mana ilmu matematik sekarang langsung tidak mengajarnya.. "Syaitan menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kikir; sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan drpdNya dan kurnia" surah al-Baqarah;268.


Kesimpulannya, bukankah elok setiap ilmu dapat dikaitkan dengan al-Quran.. fikiran kita akan lebih rasional. Jika dulu kita menganggap rezeki kita adalah apa yang kita dapat, tapi sekarang kita tahu bahawa rezeki kita ialah apa yang kita beri kepada orang lain.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment