Friday, June 19, 2009

Sarang hamida SMAKL!!!



Alhamdulillah..sejuk mata aku memandang budak2 SMAKL, mungkin sebab aku sampai nak dekat maghrib jadi pandanganku hanya menangkap budak2 lelaki yang memakai songkok dan kopiah menuju ke surau dan perempuan dengan telekungnya sebaik sahaja aku sampai ke belakang surau..semoga suasana ini bukan waktu maghrib je ye, adik2..


Sebenarnya aku datang untuk bagi semangat n tasmik adik2 kelas huffaz.. Aku sendiri pun tak tahu nak bagi tazkirah apa pasal kelebihan menghafaz al-Quran ni..aku teringat kembali buku yang Us.Khatijah suruh baca mse kat DQ dulu.."at-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran" atau "Adab kepada al-Quran"


"Adik2 nak akak ckp pasal ap ni? Pasal kelebihan hafal ke, cara menghafal ke, pantang-larang?" Aku sengaja menduga mereka walaupun aku sudahpun mempunyai tajuk sendiri.."Pantang-larang.." mereka menjawab beramai2..Hm,budak2..memang yang tu yang depa suka..Tidak mahu mengecewakan mereka, aku pun membalas.."Mesti makan nasi je setiap hari, tak boleh makan benda lain!".."Haaa?!" Ha, tau terkejut..nak sangat pantang-larang ni.. "Hahaha.. akak grw je la, tapi nak jaga al-Quran mesti jga apa yang kta makan, janji yang halal dan baik,halalan toiyyibaa..elakkan mknn ringan, epal hijau.." Aku melihat reaksi mereka, rata2 memcatat apa yang aku cakap, ntah buat ntah tidak..kebetulan ada muslimin lalu, aku menambah "Pandangan juga kena jaga.." Semua menunduk kembali..


"Lagi,nk tajuk ap?" "Cara menghafal al-Quran.." Memang tajuk utamaku jadi tajuk terakhir.. "Cara hafal bergantung kepada individu..Ada yang kena baca banyak kali, ada yang kena tasmik byk kali dengan kawan dlu bru boleh lancar, ada yang kena dengar bacaan imam2, ada yang baca maksud, ada yg guna Quran tetap n besar..bila adik2 dah lama menghafal,adik2 akan tahu sendiri bagaimana cara menghafal adik2.." Mereka semua mengangguk2, mungkin cara mereka telah aku sebutkan tadi..jadi mereka tidak lagi risau jika cara mereka salah..memang cara menghafal al-Quran terlalu subjektif untuk ditekankan yg khusus..malah ada yang di dalam tidur mengimbas kembali ayat yg dibaca!


Malas untuk berselindung lagi, aku berterus-terang tentang tajukku hari ini.. tak kenal maka tak cinta..
"Sesungguhnya Allah telah membuat mudah pada al-Quran untuk diingati dan difahami. Tetapi adakah orang yang mengambil pelajaran?"-Qamar:17


Kelebihan yang disebut dalam hadith:


  1. Mereka adalah keluarga Allah

  2. Ditempatkan di syurga yg paling tinggi

  3. Ahli al-Quran adalah org yang arif di syurga

  4. Hati penghafaz al-Quran tidak diseksa

  5. Hafalan al-Quran merupakan bekalan paling baik

  6. Disayangi Rasulullah

  7. Orang tua mereka akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang mana sinarannya lebih terang drpd matahari yg memancar ke rumah2

Kelebihan dlm peristiwa2:



  1. Lebih berhak menjadi imam dalam solat

  2. Dimakamkan dahulu dlm peristiwa perang Uhud

  3. Mereka dicari untuk membukukan al-Quran pada zaman Khalifah Abu Bakar kerena ramai Hafiz telah syahid

"Adik2, tu berdasarkan al-Quran dan Hadith..byk lagi kelebihan yg manusia kaji..otak lebih tajam, ingatan lebih kuat, hati tenang tak mudah stress, muka bersinar2.." Aku tersenyum kepada mereka, tak pasti mereka masih bersamaku ketika itu atau tidak.. "Muka akak bersinar2 tak?Ni kajian ni,mesti betul..!" Bulat mata mereka, tak tahu nak balas apa..tak ada langsung ke sinaran mukaku ni? Aku bertanya lagi..lalu mereka mengiakan.."Bersinar kk..sebab cahaya lampu!" Terima kasih dik! "Bersinar maksudnya di sini dengan cahaya ketenangan. Kalau muka akak bersinar, mesti semua orang nak hafaz al-Quran!"


"Akak, macamana kalau hafal tapi lupa?" Huh! tu memang pedih untuk dijawab.."Dalam hadith, Peliharalah al-Quran ini. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad berada di tanganNya, sungguh dia lebih mudah lepas dari unta dalam ikatannya. Sebelum akak jawab, akak nak tanya, kenapa Nabi sebut unta di sini?" Sunyi....... "Sebab Nabi duduk kat mana? (Arab..) Ha, sebab tu lah unta, takkan Nabi nak cakap kerbau pula? Bab ni jd masalah yang besar bagi org hafaz al-Quran..tapi adk2, jgn takut lupa. Anggap ia suatu rahmat dari Allah..Dia nak kta lebih banyak baca al-Quran untuk mengulang. Kalau kita dah ingat mesti bacaan kita berkurangan" "Tak dosa ke kak lupa?" "Berdosakah kita jadi perempuan? Kita memang semulajadi dijadikan mudah lupa, jadi terlupa adalah fitrah. Tapi dengan syarat kita sudah cuba mengulang sebaik mungkin!"


"Ada soalan lain? Kita nak mula tasmik ni.." Sengaja aku mengelak membincangkan topik yg payah bagiku ni..Tazkirah disambung lagi dengan kisahku di DQ, untuk menarik minat adik2 terhadap Darul Quran..Kelas tasmik berjalan seperti biasa..SMAKL, ku harap kau terus mengeluarkan bau haruman Islam ditengah2 bandaraya material ini..aminn..sarang hamida, SMAKL!!!


No comments:

Post a Comment