Monday, May 11, 2009

Sejukkah ruh Islammu??

Alhamdulillahi wassalamu 'ala Nabiy..

Tiga hari yang lepas, aku jalan-jalan naik kereta dgn mak n abah. Tiba disatu pekan antarabangsa, aku pun melahirkan rasa bimbangku terhadap negara tercintaku ini..

Aku: Ee, banyaknya pendatang asing kat sini..cmne la orang Malaysia ni boleh tahan..
Abah: Biarla dia.. Diorang datang nak cari makan je, tak kacau kita pn..kat negara diorang tu hidup susah, nak makan pun tak ada makanan..Ni nasib baik ada diorang kalau tak takde la bangunan-bangunan ni de..
Aku: .......(terdiam memikirkan)

Aku melihat muka-muka 'pendatang' itu, mereka tersenyum sesama mereka memperlihatkan kegembiraan, sedangkan aku lihat keadaan pakaian mereka amat kasihan..mungkin inilah yang mereka harapkan yang tiada dinegara mereka, keamanan dan kebebasan mengamalkan Islam. Aku menjadi malu kerana abah yang tidaklah seIslamic ustaz2 itu boleh berfikiran sedemikian sedangkan aku sibuk dgn semangat nasionalism tanpa memperdulikan semangat Ukhuwah Islamiyyah

Dikesempatan ini, ingin aku abadikan sebuah buku yang boleh menghangatkan kembali roh Islam di dalam diri- THE WINTER OF ISLAM AND THE SPRING TO COME by Harun Yahya. Dalam buku ni, sarat dimuatkan gambar-gambar dan kisah ummat Islam diserata dunia yang telah diseksa oleh pelbagai kaum yang anti-Islam. Kisah dimulakan dengan kekejaman yang berlaku di Chechnya kemudian Palestin, Kashmir, East Turkestan, Bosnia Hezegovina-Kosovo-Mecedonia dan sangat banyak lagi. Mungkin Malaysia sahaja yang tidak disebut. Ingin juga aku coretkan disini sedikit ringkasan sejarah dan kisah kekejaman yang langsung dapat diterima akal ini..
  • Chechnya
    - Chechnya meminta merdeka daripada Russia selepas kejatuhan Soviet Union kerana mereka ditekan dan tidak boleh mengamalkan Islam. Russia dengan impiannya yang ingin mendapatkan kembali kuasa dan diiktiraf semula oleh dunia tidak boleh membiarkan ini berlaku. Lalu, rakyat Chechnya diserang dan dibunuh tanpa mengira umur. Tempat-tempat awam seperti hospital dan kem pelarian menjadi medan pembunuhan, sungai yang menjadi sumber air diracun, kanak-kanak dibantai, perempuan mengandung dibelah perutnya, orang tua dilenyek dgn kereta kebal..semua kegilaan ini seolah-olah mahu orang Chechnya terus lenyap dari muka bumi ini!
  • Palestin
    - Selama 400 tahun dibawah kuasa Empayar Uthmaniah, Palestin yang merupakn tanah suci bagi 3 agama samawi ini hidup dalam aman dengan berbilang agama dan kaum. Kekejaman bermula apabila puak pelampau dari kalangan Yahudi, Zionis, masuk ke dalam Palestin dan menghalau orang Palestin untuk merealisasikan impian negara Israel yang merdeka. Perlu disebut bahawa anggapan Yahudi yang mengatakan Palestin adalah kampung halaman mereka tidak boleh dinafikan, namun mereka boleh hidup bersama-sama dengan kaum lain juga. Pihak Zionis ini telah menyatakan pendirian mereka berkaitan hal ini " Kita mesti membunuh semua orang Palestin melainkan mereka mendaftar untuk tinggal di sini sebagai hamba". Lalu, mereka telah melenyapkan orang-orang Palestin dan kampung halaman mereka dari peta dunia ini. Catatan Palestin ini pastinya amat panjang dan merobek-robek hati. Cukuplah rasanya dianalogikan di sini untuk difikirkan oleh kita semua; Bayangkan Malaysia ini adalah Paslestin dan kita semua dihimpit2 dalam satu tempat sekecil Perlis yang disempadani laut dan sebuah negara anti-Islam. Tanah diambil, pembunuhan beramai2, makanan disekat, rakyat dibunuh kejam dan organ dalaman diambil untuk kajian..Perlu juga diingatkan kisah kekejaman di kem Shabra dan Shatilla, semoga Allah membalas perbuatan mereka!
  • Kashmir
    - Kashmir bukanlah daerah dalam Pakistan mahupun India, Kashmir sendiri adalah sebuah negara, yang majoritinya beragama Islam. Pada mulanya, kawasan India, Pakistan dan Kashmir adalah dibawah jajahan British. Selepas Perang Dunia Kedua, Muslim di India mahukan sebuah negara sendiri kerana India (pelampau Hindu) sangat prejudis terhadap Islam. Lalu, Pakistan ditubuhkan dan Muslim di India berpindah ke Pakistan. Namun, Kashmir tidak dilepaskan untuk merdeka ataupun bergabung dengan Pakistan sebaliknya diserahkan di bawah kuasa India dengan sokongan British. Di bawah kuasa India, puak pelampau Hindu telah dibenarkan membantai habis-habisan saudara kita di sana. Muslim telah dikumpulkan di empangan sehingga penuh. Apabila empangan dibuka dan air mencurah masuk, beribu-ribu Muslim telah hilang nyawa! Byk lagi kekejaman yang tidak dapat dibayangkan yang telah dilakukan.
  • East Turkestan
    - Pernahkah kamu mendengar nama negara ini? Jiran terbesarnya adalah China. China menggelarkan negara ini 'Xinjiang' (wilayah yang ditakluk). Bilangan Muslim yang dibunuh adalah sangat luarbiasa banyaknya! Kekejaman juga sangat luarbiasa kejamnya! Antaranya, mereka menjadikan Muslim sebagai bahan ujian untuk nuklear yang mereka bina sehingga mengorbankan beratus ribu orang sementara yang bakinya menderita kanser sepanjang hayat mereka.
  • Bosnia, Kosovo, Masedonia
    - Inilah negara-negara Islam yang telah dijalankan operasi penghapusan kaum (yg sebenarnya Muslim) oleh bangsa Serb..bacalah, kisah ini amat menyayat hati. Pasti darah akan mendidih dan air mata membuak2 keluar..
Wahai diri, apakah kau bisa diam membisu melihat saudara seIslammu diseksa dengan sekejamnya di luar sana??

Sungguh, aku sgt mengagumi semangat Islam dalam diri mereka, mungkin buku ini bertajuk winter, tapi kehangatan Islam lebih terasa berbanding keadaan Malaysia sekarang yang betul2 sejuk Islamnya..

Sebut tentang Malaysia ni, sebenarnya bukanlah tiada penindasan terhadap pengamal Islam di negara ini, cuma ia telah ditutup dengan pelbagai alasan seperti politik, education dan sebagainya. Zaman dahulu Tanah Melayu juga menghadapi konflik yang serupa cuma ia mungkin tidaklah sedahsyat di negara lain. Jadi, berterima kasihlah kita kepada pejuang2 dahulu yang memulakan gerakan menyahkan British dari tanah ini. Mereka adalah dari kalangan ulama yang telah meniup semangat jihad dikalangan penduduk seperti Haji Hassan bin Panglima Mat Munas (Tok Janggut da..). Jadi, teruskanlah perjuangan mereka dengan menyahkan juga pemikiran2 barat yang hanya merosakkan dan melemahkan semangat jihad dalam diri.

Akhirnya, terimalah rakaman buku ini..




**I really admire Dr Haji Hamdan Mohd Khalib (Exco PAS Kedah)..dia dah pergi 15 misi perubatan yang besar antaranya Tsunami, perang Hizbullah-Israel, Selatan Thai, Taufan Sidr dan Gaza! Another 6 years, I'll join him, InsyaAllah!

***Abah tetibe cakap td nak hantar aku g Darul Tuba petang esok! kalau jadi, nak habiskan 30 juzuk dlm mse 2minggu tu,amiiieenn..^^

*****Ari ni (11.5.09) Perak telah mendapat keadilannya! Benarlah janji Allah, "Maka bersabarlah kamu. Sesungguhnya janji Allah itu benar, Dan janganlah orang2 yg tidak meyakini itu menggelisahkan kamu"-Rumm

Wallahu 'alam...

No comments:

Post a Comment