Wednesday, May 27, 2009

Virus H1N1

Bulan ni dan bulan lepas bulan virus,
Virus HINI yg menyebabkan Influenza A,
atau Selsema A,
atau Selsema B..
Babi

Aku pelik,
Bukan apa, aku pelik bagaimana
boleh wujud kesatuan gen antara
aku (manusia), burung dan babi..
Ada yang cakap puncanya bukan babi, ada juga sebaliknya..
Bagi aku?
Mungkin babi adalah sebab sahaja,
tapi manusia adalah penyebabnya..
mungkin saja, manalah aku tahu!
Lalu, muncullah teori dalam kepala ni,
dari yang selogik2nya hingga yang sekolot2nya
Mungkinkah seorang pengganas biologi yang cuba menghasilkan spesis baru, yang berotakkan manusia, berparuhkan burung dan berhidungkan babi tersalah dalam eksperimennya?
Atau mungkinkah seorang yang terkena selsema burung memakan babi yang juga terkena selsema, lalu menghasilkan virus yang selsema?
Entahlah, aku pun tak pasti..

Apa yang pasti,
saat gemilangnya penggunaan nama 'selsema babi',
berbondong2lah haiwan ini dibunuh di serata dunia.
Kalau Malaysia juga buat,
mungkin wabak 'badi babi' lebih menakutkan drpd selsema babi,
banyak sangat!
"Penat2 aku bina badan,
akhirnya senang2 je kau bunuh aku,
mana kasih sayang kau dulu?"
Agaknya itulah gurindam jiwa si babi2 tu,
agaknya saja, manalah aku tahu!
Ibubapa pun melarang anaknya membeli coklat
yang dahulunya pernah diragui mempunyai lemak si babi,
Orang yg sakit juga jadi lebih berhati2 memilih ubat
yang dahulunya pernah diragui mempunyai enzim si babi,
Malah orang2 kampung bersilat mahu kandang babi di kampung mereka
diasingkan di satu tempat khusus yang jauh dari kampung mereka..
Hm, macam2 ragam manusia..

Apa yang lebih pasti,
virus ini dengan jayanya telah
menakutkan manusia terhadap firman Allah,
tanpa manusia itu sendiri menyedarinya..
'Influenza A ancam manusia'
'Penduduk dunia diancam HINI'
Macam2 lagi tajuk berita..
Manusia jadi takut,
entah bagaimana hendak dibuat...
Adakah dengan menutup pintu2 dan tingkap2 rumah,
masuk dalam bilik,
kemudian almari,
berselubung dengan plastik,
tutup kedua2 lubang hidung dan tidur dengan aman?
Atau mengerat kawasan rumah mereka
dan pergi meninggalkan bumi ke angkasa lepas?
Atau lebih senang mengorek sahaja
lubang kubur utk tidur selama2nya?
Aku pun tiada jawapan untuk itu..
Ha!! mungkin boleh bina satu bilik kedap udara
dan tinggallah di dalamnya bersama sepohon pokok!
Aku memang genius!!

Apa pun kisahnya..
Virus itu,
kalaupun kita tidak dapat melihatnya,
kita mempercayainya kerana
kesan dan bukti kewujudannya..
Allah itu,
kalaupun kita tidak dapat melihatNya,
kita mempercayaiNya kerana
Dialah Yang Maha Mencipta..
kesan dan buktinya terlampau banyak!
Virus itu, kita dan alam seisinya
tidak mungkin dapat berdiri sendiri,
atau kebetulan terhidup,
sedangkan badan kita pun tidak mampu kita kawal sepenuhnya..
Kebenaran kalamNya tidak ternafi
manusia cuba menentang,
mencipta segala penipuan dan kekeliruan,
Namun tanpa perlu dirancang,
tanpa disedari,
manusia akan tersungkur dari keegoan
dan tunduk dengan tiba2...
Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment