Wednesday, May 27, 2009

Virus H1N1

Bulan ni dan bulan lepas bulan virus,
Virus HINI yg menyebabkan Influenza A,
atau Selsema A,
atau Selsema B..
Babi

Aku pelik,
Bukan apa, aku pelik bagaimana
boleh wujud kesatuan gen antara
aku (manusia), burung dan babi..
Ada yang cakap puncanya bukan babi, ada juga sebaliknya..
Bagi aku?
Mungkin babi adalah sebab sahaja,
tapi manusia adalah penyebabnya..
mungkin saja, manalah aku tahu!
Lalu, muncullah teori dalam kepala ni,
dari yang selogik2nya hingga yang sekolot2nya
Mungkinkah seorang pengganas biologi yang cuba menghasilkan spesis baru, yang berotakkan manusia, berparuhkan burung dan berhidungkan babi tersalah dalam eksperimennya?
Atau mungkinkah seorang yang terkena selsema burung memakan babi yang juga terkena selsema, lalu menghasilkan virus yang selsema?
Entahlah, aku pun tak pasti..

Apa yang pasti,
saat gemilangnya penggunaan nama 'selsema babi',
berbondong2lah haiwan ini dibunuh di serata dunia.
Kalau Malaysia juga buat,
mungkin wabak 'badi babi' lebih menakutkan drpd selsema babi,
banyak sangat!
"Penat2 aku bina badan,
akhirnya senang2 je kau bunuh aku,
mana kasih sayang kau dulu?"
Agaknya itulah gurindam jiwa si babi2 tu,
agaknya saja, manalah aku tahu!
Ibubapa pun melarang anaknya membeli coklat
yang dahulunya pernah diragui mempunyai lemak si babi,
Orang yg sakit juga jadi lebih berhati2 memilih ubat
yang dahulunya pernah diragui mempunyai enzim si babi,
Malah orang2 kampung bersilat mahu kandang babi di kampung mereka
diasingkan di satu tempat khusus yang jauh dari kampung mereka..
Hm, macam2 ragam manusia..

Apa yang lebih pasti,
virus ini dengan jayanya telah
menakutkan manusia terhadap firman Allah,
tanpa manusia itu sendiri menyedarinya..
'Influenza A ancam manusia'
'Penduduk dunia diancam HINI'
Macam2 lagi tajuk berita..
Manusia jadi takut,
entah bagaimana hendak dibuat...
Adakah dengan menutup pintu2 dan tingkap2 rumah,
masuk dalam bilik,
kemudian almari,
berselubung dengan plastik,
tutup kedua2 lubang hidung dan tidur dengan aman?
Atau mengerat kawasan rumah mereka
dan pergi meninggalkan bumi ke angkasa lepas?
Atau lebih senang mengorek sahaja
lubang kubur utk tidur selama2nya?
Aku pun tiada jawapan untuk itu..
Ha!! mungkin boleh bina satu bilik kedap udara
dan tinggallah di dalamnya bersama sepohon pokok!
Aku memang genius!!

Apa pun kisahnya..
Virus itu,
kalaupun kita tidak dapat melihatnya,
kita mempercayainya kerana
kesan dan bukti kewujudannya..
Allah itu,
kalaupun kita tidak dapat melihatNya,
kita mempercayaiNya kerana
Dialah Yang Maha Mencipta..
kesan dan buktinya terlampau banyak!
Virus itu, kita dan alam seisinya
tidak mungkin dapat berdiri sendiri,
atau kebetulan terhidup,
sedangkan badan kita pun tidak mampu kita kawal sepenuhnya..
Kebenaran kalamNya tidak ternafi
manusia cuba menentang,
mencipta segala penipuan dan kekeliruan,
Namun tanpa perlu dirancang,
tanpa disedari,
manusia akan tersungkur dari keegoan
dan tunduk dengan tiba2...
Wallahu'alam

Thursday, May 21, 2009

Bersabar dan yakinlah adikku..

Alhamdulillahi wassalamu 'ala nabiy...

Yehh, akhirnya aku dapat pergi juga ke Darul Tuba walaupun hanya 5 hari je aku di sana. Aku terpaksa balik, nenek dan atuk datang. Best sangat diorang datang sebab selalunya diorang datang mase aku ada kat asrama. Sekarang aku cuti, bleh la buat projek dgn nenek,huhu..Nenek cam bese mengidam, kali ni dia nak karipap pusing. Siapa lagi yang kene, aku la.. yang bestnye dia puji, "Sodapla karipap kakngah buek, nanti bleh la buka kodai karipap kat spital tu nanti.." Aku gelak je dengar..( nek, mno la ado org ponah buek cmtu nek..) Macam2 lagi harapan dan kata2 semangat yang keluar dari diorang, aku akan ingat selama2nya.."Kakngah nanti jadila doktor jantung ko, kanak2 ko, jgn jd doktor biaso jo..gaji tak bosa do.." Haha..Hm, macam2..

Pasal Darul Tuba, ada seorang budak ni yg sangat bersemangat, teringat aku tentang aku dulu..

Sarah : Akak, best tak blaja sains?
Aku : Best!
Sarah : Cmne akk blaja ha kk? Akk kn tak blaja langsung pn akademik kat sini..bleh ke Sarah nak blaja lagi?
Aku : Bleh nyer!

Aku teringat balik kisah silam aku. Bagaimana peritnya dahulu aku terus melompat ke form3 utk ambil PMR tanpa ada apa2 asas. Bagaimana sengsaranya mak abah memanjat setiap bangunan utk menagih simpati agar anaknya ini diterima untuk belajar di sekolah yang punya AKADEMIK! Bagaimana aku melihat muka geram abah bila mereka cakap 'Kami tak dapat terima anak abang ni, dia daripada sekolah swasta tak boleh masuk sekolah kerajaan. Lagipn dia tak pernah belajar, siapa nak ajar dia, bang?'. Dan bagaimana peritnya melihat air mata emak jatuh menelan setiap kata2 mereka.. Kesusahan belajar tenggelam jika nak dibandingkan kepayahan diwaktu itu!

Aku : Sarah percayalah, Allah mesti tolong Sarah. Akak pn tak sangka masih ada jalan untuk teruskan cita2 akak dan seluruh keluarga akak ni. Yang penting sekarang Sarah mantapkan dulu al-Quran Sarah, yakinlah Allah akan tolong yang selebihnya. Sains2 tu semua semut je nak dibandingkan dgn Quran..(ceh, tipu betul aku ni..skrg ni tgh takut gle nk tggu result..T_T)

Sengaja aku tak menceritakan kepedihan waktu tu sebab aku yakin Allah akan menolongnya sebagaimana Allah telah menolong aku dulu..

Sarah : Betul ke senang je kk?
Aku : Ye Sarah, senang je.. sains tu semua orang boleh blaja tapi tak semua Allah bagi peluang nak blaja Quran ni..(aku pn da susah da nk mengaji skrg ni..T_T)
Sarah : Tapi kk, Sarah nak ambil sains dengan nak kaji Quran skali, bleh ke?

Aku tersentak. Budak ni sama betul dgn aku! Nak je suruh dy jd adik aku..

Aku : Akak pn harap benda tu bleh jd Sarah, tp akk tak mampu..tak ad sistem tu kat Malaysia ni. Akk pn makan hati je sorang2.Takpe Sarah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Buat je apa yang terbaik.


Sungguh aku harap sistem pendidikan di Malaysia ini diubah. Agar dapat diterima kami yang tidak berilmu dunia ni utk belajar bersama, mungkin akan menyusahkan sikit tp kami juga ingin belajar dan ingin tahu. Juga agar subjek al-Quran dibolehkan bagi siapa yg mahu, kalau boleh wajibkan skali (tp kne drpd kecil la ni..) Aku harap tidak segelintir sahaja yg kenal Quran, aku harap setiap Muslim tahu Kitab ajaib ni.. Quran ni memang mukjizat yg hebat, cukuplah dibuktikan dgn hadis ni.."The best among you is he who learns the Quran and teaches it"-Hadith

Hakikatnya, segala ujian ini la yang telah menguatkanku, walaupn ujian ini hanya sedikit sahaja jika dibandingkan pejuang2 Islam lain. Moga adik2ku di sana lebih kuat menghadapi dunia yang semakin pelik ni..aminn. Wallahu'alam

Monday, May 11, 2009

Sejukkah ruh Islammu??

Alhamdulillahi wassalamu 'ala Nabiy..

Tiga hari yang lepas, aku jalan-jalan naik kereta dgn mak n abah. Tiba disatu pekan antarabangsa, aku pun melahirkan rasa bimbangku terhadap negara tercintaku ini..

Aku: Ee, banyaknya pendatang asing kat sini..cmne la orang Malaysia ni boleh tahan..
Abah: Biarla dia.. Diorang datang nak cari makan je, tak kacau kita pn..kat negara diorang tu hidup susah, nak makan pun tak ada makanan..Ni nasib baik ada diorang kalau tak takde la bangunan-bangunan ni de..
Aku: .......(terdiam memikirkan)

Aku melihat muka-muka 'pendatang' itu, mereka tersenyum sesama mereka memperlihatkan kegembiraan, sedangkan aku lihat keadaan pakaian mereka amat kasihan..mungkin inilah yang mereka harapkan yang tiada dinegara mereka, keamanan dan kebebasan mengamalkan Islam. Aku menjadi malu kerana abah yang tidaklah seIslamic ustaz2 itu boleh berfikiran sedemikian sedangkan aku sibuk dgn semangat nasionalism tanpa memperdulikan semangat Ukhuwah Islamiyyah

Dikesempatan ini, ingin aku abadikan sebuah buku yang boleh menghangatkan kembali roh Islam di dalam diri- THE WINTER OF ISLAM AND THE SPRING TO COME by Harun Yahya. Dalam buku ni, sarat dimuatkan gambar-gambar dan kisah ummat Islam diserata dunia yang telah diseksa oleh pelbagai kaum yang anti-Islam. Kisah dimulakan dengan kekejaman yang berlaku di Chechnya kemudian Palestin, Kashmir, East Turkestan, Bosnia Hezegovina-Kosovo-Mecedonia dan sangat banyak lagi. Mungkin Malaysia sahaja yang tidak disebut. Ingin juga aku coretkan disini sedikit ringkasan sejarah dan kisah kekejaman yang langsung dapat diterima akal ini..
  • Chechnya
    - Chechnya meminta merdeka daripada Russia selepas kejatuhan Soviet Union kerana mereka ditekan dan tidak boleh mengamalkan Islam. Russia dengan impiannya yang ingin mendapatkan kembali kuasa dan diiktiraf semula oleh dunia tidak boleh membiarkan ini berlaku. Lalu, rakyat Chechnya diserang dan dibunuh tanpa mengira umur. Tempat-tempat awam seperti hospital dan kem pelarian menjadi medan pembunuhan, sungai yang menjadi sumber air diracun, kanak-kanak dibantai, perempuan mengandung dibelah perutnya, orang tua dilenyek dgn kereta kebal..semua kegilaan ini seolah-olah mahu orang Chechnya terus lenyap dari muka bumi ini!
  • Palestin
    - Selama 400 tahun dibawah kuasa Empayar Uthmaniah, Palestin yang merupakn tanah suci bagi 3 agama samawi ini hidup dalam aman dengan berbilang agama dan kaum. Kekejaman bermula apabila puak pelampau dari kalangan Yahudi, Zionis, masuk ke dalam Palestin dan menghalau orang Palestin untuk merealisasikan impian negara Israel yang merdeka. Perlu disebut bahawa anggapan Yahudi yang mengatakan Palestin adalah kampung halaman mereka tidak boleh dinafikan, namun mereka boleh hidup bersama-sama dengan kaum lain juga. Pihak Zionis ini telah menyatakan pendirian mereka berkaitan hal ini " Kita mesti membunuh semua orang Palestin melainkan mereka mendaftar untuk tinggal di sini sebagai hamba". Lalu, mereka telah melenyapkan orang-orang Palestin dan kampung halaman mereka dari peta dunia ini. Catatan Palestin ini pastinya amat panjang dan merobek-robek hati. Cukuplah rasanya dianalogikan di sini untuk difikirkan oleh kita semua; Bayangkan Malaysia ini adalah Paslestin dan kita semua dihimpit2 dalam satu tempat sekecil Perlis yang disempadani laut dan sebuah negara anti-Islam. Tanah diambil, pembunuhan beramai2, makanan disekat, rakyat dibunuh kejam dan organ dalaman diambil untuk kajian..Perlu juga diingatkan kisah kekejaman di kem Shabra dan Shatilla, semoga Allah membalas perbuatan mereka!
  • Kashmir
    - Kashmir bukanlah daerah dalam Pakistan mahupun India, Kashmir sendiri adalah sebuah negara, yang majoritinya beragama Islam. Pada mulanya, kawasan India, Pakistan dan Kashmir adalah dibawah jajahan British. Selepas Perang Dunia Kedua, Muslim di India mahukan sebuah negara sendiri kerana India (pelampau Hindu) sangat prejudis terhadap Islam. Lalu, Pakistan ditubuhkan dan Muslim di India berpindah ke Pakistan. Namun, Kashmir tidak dilepaskan untuk merdeka ataupun bergabung dengan Pakistan sebaliknya diserahkan di bawah kuasa India dengan sokongan British. Di bawah kuasa India, puak pelampau Hindu telah dibenarkan membantai habis-habisan saudara kita di sana. Muslim telah dikumpulkan di empangan sehingga penuh. Apabila empangan dibuka dan air mencurah masuk, beribu-ribu Muslim telah hilang nyawa! Byk lagi kekejaman yang tidak dapat dibayangkan yang telah dilakukan.
  • East Turkestan
    - Pernahkah kamu mendengar nama negara ini? Jiran terbesarnya adalah China. China menggelarkan negara ini 'Xinjiang' (wilayah yang ditakluk). Bilangan Muslim yang dibunuh adalah sangat luarbiasa banyaknya! Kekejaman juga sangat luarbiasa kejamnya! Antaranya, mereka menjadikan Muslim sebagai bahan ujian untuk nuklear yang mereka bina sehingga mengorbankan beratus ribu orang sementara yang bakinya menderita kanser sepanjang hayat mereka.
  • Bosnia, Kosovo, Masedonia
    - Inilah negara-negara Islam yang telah dijalankan operasi penghapusan kaum (yg sebenarnya Muslim) oleh bangsa Serb..bacalah, kisah ini amat menyayat hati. Pasti darah akan mendidih dan air mata membuak2 keluar..
Wahai diri, apakah kau bisa diam membisu melihat saudara seIslammu diseksa dengan sekejamnya di luar sana??

Sungguh, aku sgt mengagumi semangat Islam dalam diri mereka, mungkin buku ini bertajuk winter, tapi kehangatan Islam lebih terasa berbanding keadaan Malaysia sekarang yang betul2 sejuk Islamnya..

Sebut tentang Malaysia ni, sebenarnya bukanlah tiada penindasan terhadap pengamal Islam di negara ini, cuma ia telah ditutup dengan pelbagai alasan seperti politik, education dan sebagainya. Zaman dahulu Tanah Melayu juga menghadapi konflik yang serupa cuma ia mungkin tidaklah sedahsyat di negara lain. Jadi, berterima kasihlah kita kepada pejuang2 dahulu yang memulakan gerakan menyahkan British dari tanah ini. Mereka adalah dari kalangan ulama yang telah meniup semangat jihad dikalangan penduduk seperti Haji Hassan bin Panglima Mat Munas (Tok Janggut da..). Jadi, teruskanlah perjuangan mereka dengan menyahkan juga pemikiran2 barat yang hanya merosakkan dan melemahkan semangat jihad dalam diri.

Akhirnya, terimalah rakaman buku ini..


video

**I really admire Dr Haji Hamdan Mohd Khalib (Exco PAS Kedah)..dia dah pergi 15 misi perubatan yang besar antaranya Tsunami, perang Hizbullah-Israel, Selatan Thai, Taufan Sidr dan Gaza! Another 6 years, I'll join him, InsyaAllah!

***Abah tetibe cakap td nak hantar aku g Darul Tuba petang esok! kalau jadi, nak habiskan 30 juzuk dlm mse 2minggu tu,amiiieenn..^^

*****Ari ni (11.5.09) Perak telah mendapat keadilannya! Benarlah janji Allah, "Maka bersabarlah kamu. Sesungguhnya janji Allah itu benar, Dan janganlah orang2 yg tidak meyakini itu menggelisahkan kamu"-Rumm

Wallahu 'alam...

Wednesday, May 6, 2009

cutiku oh cutiku..

HAI!!!(xd org pn,hai kat page ni je..)
hm,cuti ni memang memenatkan..macam2 nak wat, blaja drive r, ajar adik2 r..penat n pening same je cm final, juz xd rse takut je..
Tujuan tulis ni nak lepaskan tensyen je,aaarrrrgggghhhhh!!!!!

Ari ni teruk betul..otak da cube nak fokus da, semangat pn bleh tahan kental, dgn penuh azam bahawa TAKKAN ad kesalahan utk ari ni..tup tup terbabas jugak.. nape masuk kat lorong lain ha? sume border aku langgar, mane kene berhenti aku terus, mane kene terus aku berhenti, brek tak makan, tertekan pedal minyak, tersangkut2 plak tu..bende tu tak susah pun,dulu cube lepas je..tapi sekarang sampai trafic jam lak dlm kepale ni..tulun,tulun...

Hehe..ni bukan kisah blaja drive, tapi qado' balik mengulang quran selama setahun ni..DQ, sungguh aku merinduimuu!! Aku betul2 xdpt mewujudkan suasanamu dlm hati..
Pape pn, doakan..eh, aku berdoa agar jihad yg pedih ini m'dpt keredhoanNya dan pertulungan dariNya..aku berdoa gak agar aku lulus ujian komputer nanti..(lor, baru nk ujian komputer rupenye..haha..)

Cutiku..aku sungguh menghargai kedatanganmu.kesibukan dgn dunia menyesakkan aku (cm tipu je..tu yg seronok,kn,kn?)..sesakkkk! bukan mse keseronokan tu dtg, tp bile dy da b'akhir. Alangkah sekularnya aku terhadap diri sendiri, ustzh penah pesan sambil blaja pn ngulang! tp aku ttp lupa, sebhgian masa SEPENUHNYA utk pelajaran, sebahagian KECIL (cutiku ni la..) utk mngulang..hasilnya, berkarat pale otak, bile nak start blk sume jd tak betol, lidah pn keras je..

Keadaan aku skang buatkan aku rindu kat maahad tahfiz lame dlu, aku mesti g sane ngulang! (DQ pn nk g gak, tp nnt kene ngulang kat pondok pok guard je la..) K la, otak da bleh jln sket ni, ganbatte ne!

Friday, May 1, 2009

salam ukhuwah



Assalamualaikum..

Akhirnya, 1 Mei ni siap jugak blog ni. dah maju setapak da ni..\(^0^)/
Rupenye senang je nk buat, tp yg rswny nnt xsmpt n xd bnde nk tls
Neway, mabruk 'alayya! nk celebrate dgn vico aji buat la..
k,salam ukhuwah buat semua..